” Banyak beza markah juara dengan tempat kedua.. “

Sidang Media Khas Pengumuman Keputusan Markah Penuh Maharaja Lawak Mega 2019. Markah Kumpulan Puteh Sungguh Tidak Disangkakan. Tahniah Puteh !!

Maharaja Lawak Mega merupakan rancangan realiti TV yang mempertandingkan bakat-bakat artis pelawak di Malaysia. Rancangan realiti ini mula ditayangkan di saluran Astro Warna (Saluran 132), Astro Warna HD (Saluran 124) bermula 1 November 2019 lalu pada setiap Jumaat jam 9:00 malam.

Semalam telah berlangsungnya pentas akhir pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019 di mana 5 kumpulan berjaya sehingga ke peringkat ini iaitu Bocey, Puteh, Zero, Jbon dan Rare. Mereka telah bersaing selama 10 minggu dan akhirnya kumpulan Puteh telah dinobatkan sebagai juara.

Kumpulan Puteh telah membawa pulang trofi beserta wang sebanyak RM500 ribu ringgit. Manakala naib juara dimenangi oleh kumpulan Zero diikuti kumpulan Bocey sebagai tempat ketiga. Masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM250 ribu dan RM150 ribu.

Menerusi akaun Instagram, satu sidang media khas diadakan selepas berakhirnya pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 semalam. Sidang media ini telah mengumumkan markah sebenar peserta-peserta kumpulan yang dipertandingkan semalam.

Tonton video di bawah :

” Sidang Media : Keputusan markah penuh Maharaja Lawak Mega 2019.. “

Rata-rata netizen berpuas hati dengan keputusan final Maharaja Lawak Mega malam semalam. Antara komen-komen mereka :

” Man penghidup suasana.. juara rajalawak dan humble mcm arw4h Pak Yus.. “

” Tahniah Puteh juara MLM.. “

” Yeah.. Tkde juara bersama.  “

” Banyak beza markah juara dengan tempat kedua.. “

” Puteh terbaik.. Lama tggu dorg menang.. Alhamdulilah punchh line2 bertub1-tub1.. “

” Tahniah Puteh.. Yang penting tkde dua juara.. Markah dgn tempat kedua pun agak jauh beza.. Apa pun semua finalis mlm ni semuanya awesome.. “

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada kumpulan Puteh kerana menjadi juara Maharaja Lawak Mega tahun 2019. Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi penguat semangat untuk kumpulan Puteh mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dalam industri hiburan Malaysia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..