” Banj1r dekat kawasan mana pun dah lupa bila tengok Tokti jadi pembaca berita.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyampaikan Laporan Cuaca Raih Perhatian Warganet. Alahai Baca Berita Pun Sedap, Mata Duk Tumpu Pada Tokti Je. Ada Yang Cakap Lenggok Suara Tokti Macam Karam Singh Walia Versi Perempuan !!
Beberapa jam yang lalu, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ada berkongsikan satu paparan iklan yang memaklumkan tentang kemunculan istimewanya menyampaikan laporan cuaca di Berita Wilayah dan Berita Perdana saluran TV1 RTM.
Kolaborasi ini sebagai galakan agar orang ramai mengikuti cuaca semasa dan mengikut arahan berkaitan risik0 benc4na. Meninjau akaun Instagram Berita Kopak, telah diulangsiar video daripada akaun Tiktok ppppppppjaaaaaaaaaayang memaparkan suasana ketika DS Siti membacakan laporan cuaca tersebut.
Tampil bergaya dalam suit serba hitam, lenggok suara DS Siti menarik perhatian. Komen netizen, suara menyanyi pun sedap, suara membaca laporan cuaca pun tidak kurang merdunya. Mendengar suara DS Siti yang lunak itu sampai terlupa hendak melihat paparan cuaca di skrin.
Alahai serba boleh lah Tokti ni dan yang pasti ramai yang tercongok di hadapan kaca televisyen semata-mata untuk melihat DS Siti. Satu usaha yang bagus kerana populariti DS Siti sedikit sebanyak boleh menarik orang untuk mendengar berita.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Terkej0t tengok tokti tadi.. hua3… baru je lepas laporan met Malaysia dekat tv1.. hihi.. terbaiklah.. “
” Merdu je laporan cuaca arini. Ada gaya tokti sampaikan laporan cuaca. Jarang aku tengok sampai habis laporan cuaca ni.. “
” Sampaikan info cuaca pun comel, kali ni paling semangat layan laporan cuaca. Terbaiklah tokti.. “
” Sedap sangat ni baca berita cuaca, first time rasa tak sabar nak tengok berita. Mcm ni tak suram la cuaca kita tgk tok ti sampaikan info.. “
” Banj1r dekat kawasan mana pun dah lup4 bila tengok Tokti jadi pembaca berita kaji cuaca.. “
” Menarik, terang dan jelas penyampaian tokti, bacalah lagi tokti. Tiba-tiba rasa nak tidur masa tengok berita. Suara Tok Ti lunak sangat. Macam sedang bersenandung.. “
” Sebutir sebutir sebutan… Sedap je dengar. Lenggok suara TokTi persis Karam Singh Walia versi perempuan.. “
” Aku tak tengok pun screen dia tunjuk tu, mata aku ke arah tokti. Ger4m tengok cara dia cakap tu, baca berita ke menyanyi ni.. “
Memuk4u sungguh DS Siti apabila menjadi penyampai berita. Kalau begini lah penyampai beritanya, mahu hari-hari tak ketinggalan tengok berita kan. Good job DS Siti dan semoga ada lagi kolaborasi sebegini pada masa akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, IG Ctdk, IG Metmalaysia, Tikt0k ppppppppjaaaaaaaaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..