” Bangganya Dato’ Aliff dan Datin Shahida ada anak seperti Ammar.. “

Video Dato’ Aliff Syukri Menyuruh Anaknya Ammar Ahyan Membantu Puteri Balqis Menjual Buku, Namun Cara Dan Respon Ammar Buat Netizen Kagum. Salute Ammar !!!

Siapa tidak kenal usahawan bertaraf jutawan , Dato’ Aliff Syukri dan isterinya Datin Shahida Rashid. Memiliki empayar kosmetik terbesar di Malaysia bernama D’Herbs, mereka melebarkan lagi cabang perniagaan mereka dengan menubuhkan AS Legacy.

Pasangan sama cantik sama padan ini telahpun mendirikan rumahtangga ketika mereka berusia awal 20 tahun. Umur yang muda namun mampu bahagia seperti pasangan lain. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan 5 orang cahayamata bernama Ammar Ahyan, Qadeeja, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

Dato Aliff dan Datin Shahida sememangnya tegas dalam mendidik anak-anak mereka. Tidak dimanjakan dengan kemewahan seperti anak jutawan lain, anak-anak mereka diajar besederhana malahan tidak ada seorang pun antara anak-anaknya memiliki gadget sendiri.

Menerusi akaun Instagram, Dato Aliff Syukri telah berkongsikan sedikit sedutan video rakaman semasa anak sulungnya Ammar Ahyan sedang membantu Putri Balqis menjual buku di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Nyata aksi dan telatah mereka berdua mendapat perhatian orang di sekeliling.

Jom tonton video di bawah :

” Cabaran @ammarahyan_terlajaklaris bantu putri balqis.. “

” Walaupun adik Puteri Balqis Dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa sihat adik Balqis sanggup menjual buku.. Hari ini abang memberi cabaran kepada anak abang untuk buat benda yang sama macam Puteri buat untuk melihat video yang penuh korang boleh pergi dekat YouTube tv Telajak laris lagi 10 minit abang posting.. “

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Bagus datin…. Bagus care datin mengajar dan menilai anak-anak datin.. “

” Amar ahyan da nampak semangat.. “

” Bagus ammar. Sangat berani. Tak malu.. “

” Alhamdulillah terbaik cara dato didik anak terbaik.. “

” Alhamdullilah dato ajar anak bantu kesusahan orang lain semoga dato dan datin sentiasa murah rezeki amin.. “

” Alhamdulillah bagus dato. Pandai dato dan datin didik anak-anak. Semoga dato datin murah rezeki dan anak-anak menjadi soleh solehah.. “

” Suka tengok dato dan datin didik anak turut serta buat kebajikan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Semoga Dato dan Datin sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Nya. Aamiiin.. “

” Bangganya DS @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs ada anak seperti ammar.. Semoga @ammarahyan_terlajaklaris menjadi Seorang anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapa aamiin.. Nilai murni yang harus dipupuk dari awal.. “

” Memang respect Dato aliff didik anak-anak dia, terbaik Dato walau Dato tintong kadang-kadang tu.. “

Bagus betul semangat yang Ammar tunjukkan. Walaupun ini perkara baru dan dia sendiri belum biasa, namun Ammar ada hati yang besar untuk membantu Aqis. Didikan Dato Aliff dan Datin Shahida sememangnya terbaik kerana mengajar anak-anak erti kesusahan.

Tiada kejayaan yang mudah tanpa usaha dan pengorbanan. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Ammar serta Dato dan Datin di atas segala usaha murni yang dibuat untuk membantu meringankan kesusahan Putri Balqis ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri, Youtube TV Terlajak Laris by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..