” Bagusnya Azal dah siapkan kerja sebelum pergi Gym.. “

Video Zarina Zainuddin Berkongsi Aktiviti Azal Sebelum Pergi Ke Gym. MasyaAllah Rajin Sangat !!!

Zarina binti Zainuddin merupakan seorang pelakon wanita di negara ini. Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau dilahirkan di Seremban, Negeri sembilan tetapi telah membesar di Parit, Perak.

Perkahwinannya dengan Dato’ Sri Dr Abu Raihan Wan Jaafar telah dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai, Muhammad Naim Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil).

Rata-rata ramai yang tahu Azal dan Azil merupakan anak yang aut1sme yang istimewa. Namun semua itu tidak menghalang Zarina untuk memperkenalkan anak-anaknya kepada umum. Malah kisah Zarina boleh dijadikan sumber inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana.

Terbaru, Zarina Zainuddin berkongsi dua buah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan Azal sedang melakukan kerja-kerja mengemas di persekitaran luar rumah. Kelihatan Azal sedang menyusun kasut dengan rapi, menyapu dan mengemop lantai. Rajinnya Azal anak syurga ini.

Di bawah ini adalah sedutan daripada video tersebut :

Jom tengok rajin tak Azal tolong ibunya dalam video di bawah ini :

” Kemas laman rumah sapu, mop, siram bunga susun kasut dll.. Tq azal anak ibu
#azalazil #aut1sme #aut1smawerne.. “

Rata- rata peminat Zarina Zainuddin memuji kerajinan Azal membantu beliau. Ini antara komen-komen mereka :

” Rajinn nyaa. Nampak sangat dia jenis orang yang teliti. Tersusunn jee semua selipar tuuu.. ”

” Kalau kita makin campak jeee , hhahahaha.. “

” Anak yg baik dn berdisiplin. Stokin jat0h kutip n letak dlm drawer. Samp4h jat0h kutip buh dlm tong. Bagus sungguh. Semoga ini mnjadi cnth kpd ank2 yg lain.. “

” Daun sehelai sempat dia kutip, Allah.. ank yg baik, semoga syurga tertinggi milik mu wahai ank.. “

” Masyaallah rajinnya.. “

” Rajinnya Azal.. buat kerja pun kemas.. “

” Subhanallah.. puan mempunyai anak2 syurga.. Alhamdulillah .. “

” Rajinnya azal.. bantu ibu.. “

Di bawah ini video Azal menyusun selipar. Kemas je kan ?

” Azal dah siap kan kerja sebelum pergi gym.. #azalsusunkasut.. “

Sesungguhnya anak itu adalah anugerah dan amanah daripada Allah. Lahirnya anak ke dunia ini, sudah menjadi tanggungjawab oleh setiap ibu bapa untk membesarkan dengan baik, memberi pendidikan yang sempurna dan membimbing ke arah yang berguna.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Azal sentiasa dilindungi oleh Allah dan buat Kak Zarina. Tahniah dan terima kasih kerana sudah menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak akak.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..