”  Bagus pakaian macam tu, nampak muslimah, sopan. Tahniah dik.. “

Foto Gadis Malaysia Berhijab di Akaun Twitter Rasmi FC Schalke 04 Mula Tersebar. Siapakah Gerangan Si Gadis Tersebut ??

Sukan bola sepak adalah sukan yang paling popular dan diminati hampir semua orang. Di Malaysia, sukan bola sepak adalah sukan yang popular dan mempunyai ramai penyokong tegar di kalangan semua golongan masyarakat sama ada kanak-kanak sehingga lah dewasa.

Walaupun secara umumnya, sukan bola sepak ini diminati oleh kaum lelaki, namun ada juga wanita tidak ketinggalan dalam meminati sukan ini. Ada yang minat akan mengikuti perkembangan dan menonton perlawanan bola sepak, malah ada yang menceburkan diri dalam sukan ini.

Seperti adik ini, Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi ,19, yang mungkin ramai belum mengenalinya, dia juga antara yang meminati sukan bola sepak. Lebih mesra dengan panggilan ‘ Nisa ‘ yang merupakan gadis Gaya freestyle yang tersangat lic1k telah membuatkan beliau menjadi tumpuan di Malaysia.

Nisa mampu melakukan teknik timangan bola yang sangat rumit, mengimbangi bola di atas tapak kaki dan kemudiannya, di atas dahi dengan gaya bersahaja dan tampil bertudung dan berpakaian longgar. Segala kemahiran yang dimiliki oleh Niasa ini mungkin tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan lelaki di dunia, tetapi juga boleh dikatakan kemahiran tersebut sangat profesinal.

Terkini, menerusi instagram Hang4t, telah berkongsi foto Nisa yang telah diambil dan dimuatnaik dalam laman media sosial iaitu Twitter Rasmi milik FC Schalke. Paling menarik, aksi hebat menimbang bola oleh Nisa juga telah menarik perhatian pemain bola dari pasukan Jerman, Mats Hummels.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Foto Gadis Berhijab di Akaun Twitter Rasmi FC Schalke 04 ? Baru-baru ini, akaun Twitter rasmi pasukan bola sepak FC Schalke 04 telah berkongsi foto seorang gadis berhijab dari Malaysia. Foto tersebut adalah milik Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi, 19.. “

” Yang pernah tular di laman sosial kerana memiliki kehebatan menimbang bola dengan memakai hijab dan berjubah. Kehebatan aksi Qhouirunnisa  ini juga telah menarik perhatian pemain dari pasukan bola sepak Jerman, Mats Hummels.. “

” Power lah awak @qhouirunnisa.. “

Rata-rata netizen telah memberikan komen yang menarik kerana gaya Nisa dalam foto tersebut dilihat sangat cantik. Antara komen-komen tersebut :

” Wui nice senyuman tu.. “

”  Bagus pakaian macam tu, nampak muslimah, sopan.. tengok mat saleh pun suka pempuan pakaian sopan, longgar dan tak menampakkan bentuk badan.. tahniah dik.. “

” Kali ke 19 saya scroll. Kali ke 20 tgk post ni saya tak kira. Saya nak komen gak. Mmg cantik asal ke? Sebab jarang tak lawa.. “

” Fuhhyooo … hahahaha.. “

” Kak cantik woooooo.. “

” Looking beautiful.. “

Aduh… Power betul ni.. Cantik sangguh Nisa ni. Dah la cantik, manis, sopan pulak tu. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Nisa, adik memang hebat. Semoga Nisa juga terus berjaya dan satu hari nanti Nisa bakal membawa nama dan bakat Nisa tersebut ke serata dunia. InsyaAllah, Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Hang4t, Qhouirunnisa, by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..