” Backup dancer ibu ni.. “

Video Siti Aafiyah, Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menari Ketika Menonton Ibunya Menyanyi. Pandai Pula Ikut Cara Ibunya Menari. Comelnya !! 

Siti Aafiyah merupakan anak kepada Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa. Aafiyah merupakan salah seorang si cilik yang sering mendapat perhatian netizen. Kecomelan Aafiyah yang mirip seperti ibunya sering menjadi bualan.

Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri seperti anak-anak selebriti lain, namun Aafiyah tetap mempunyai ramai pengikut. Gambar-gambar dan video-video Aafiyah sering dimuatnaik di akaun Instagram ibunya dan beberapa akaun Instagram yang diwujudkan oleh peminat-peminat.

Aafiyah kini sudah pun berusia 1 tahun 6 bulan. Kehadiran Aafiyah menceriakan kehidupan Dato’ Siti dan suaminya. Ini kerana penantian mereka selama 10 tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir setelah lahirnya Aafiyah. Aafiyah merupakan anugerah terindah buat mereka.

Menerusi akaun Instagram, Siti berkongsi video anak kesayangannya Siti Aafiyah sedang menonton konsert ibunya di bawah pentas. Apa yang menarik, gelagat Aafiyah yang menari mengikut rentak lagu ibunya. Bijak sungguh. Mesti Aafiyah selalu melihat ibunya menari.

Tonton video di bawah :

” Aafiyah.. Aafiyah..  pendirianku ( pandai plak ikut step ibu tangan di dada) “

Rata-rata peminat memuji kebijakan Aafiyah menari mengikut rentak lagu. Ramai mengatakan Aafiyah boleh jadi ‘backup dancer’ ibunya. Antara komen-komen mereka :

” Kami tengok je aksi comel Aafiyah dr kerusi belakang.. “

” Aafiyah ikut ibu menari ye.. comel iih.. “

” Aafiyah comelnyaaa. Bijak.. “

” Backup dancer ibu ni….. haha “

” Sblm nk joget tu dia tgh pikir nk joget ke idok ni… Part last tu geleng kepala ‘haish takleh jd ni… sy nk jd ustazah la… “

” Bakal penganti ibu ni… “

” Pandai lah Aafiyah.. dengar lagu jer terus nak menari eh.. “

” Alololooo gerr4m tgok Aafiyah… comel sgt tangann tu menariii.. “

Alahai, comel sangat Aafiyah ni. Akhir sekali tu pandai pula letak tangan kat dada. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan bijak. Semoga Aafiyah menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..