” Baasit ni loving. Orang lain main dia jaga adik.. ” – Sari Yanti

Gelagat Comel Anak Lelaki Sari Yanti, Baasit Al-Haq Menjaga Adik Barunya. Alahai Penyayang Sangat Baasit Ni, Abang Mithali Sungguh !! 

Pasangan sama cantik sama padan, Jep Sepahtu dan Sari Yanti antara keluarga yang sering menjadi tumpuan. Kehidupan mereka yang sentiasa aman dari sebarang g0sip dan sentiasa mengamalkan kesederhanaan buatkan peminat menyenangi keluarga bahagia ini.

Sari yang sudahpun dikurniakan 3 orang anak iaitu Barr Al-Aliy, Baasit Al-Haq dan Dariya Inara sudahpun selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki 6 Jun yang lalu. Anak kedua daripada perkahwinannya bersama Jep Sepahtu ini melengkapi lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.

Jika peminat sendiri teruja dengan kelahiran ini, bagi Baasit yang sememangnya seorang abang yang penyayang lagi lah sangat menggembirakannya. Baasit yang lembut dan memiliki wajah manja dan kacak ini sangat terserlah sifat penyayang dan protective terhadap adik-adiknya.

Menerusi Instagram story, Sari Yanti telah berkongsikan beberapa video yang memaparkan gelagat anaknya Baasit asyik memerhati adiknya ini. Menjaga dan tidak berganjak walau setapakpun, matanya asyik memerhati adik comelnya itu. Alahai Baasit comel sangat !!

Gambar-gamvar daripada video yang dikongsikan di IG Story Sari Yanti :

Gelagat Baasit ini dirakam Sari Yanti sambil ibunya ini mengusik-usik abang yang nampak sayang sangat pada adiknya ini. Baasit yang tidak mempedulikan Barr dan Dariya yang sedang seronok bermain di tingkat atas kerana ingin menjaga adiknya ini.

Beruntung sungguh Sari ada anak lelaki seperti Baasit ini. Dah la wajah manis dan handsome, pasti adik baby pun akan seakrab Dariya bersamanya. Apa pun, semoga Sari sekeluarga sentiasa dilindungi Allah daripada sebarang musib4h dan berbahagia selalu selamanya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..