” B jangan post ya gambar I ni kerana I belum ready.. “

Tya Arifin Kongsi Cerita Tentang Bagaimana Beliau Mula Berhijab. Alhamdulilah.. Proud Of You Tya, Cantik Sangat Berhijab !!

Nurtria Wulandari “Tya” Arifin merupakan seorang pelakon wanita Indonesia dan beliau juga merupakan menantu tiri penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Tya memulakan kerjaya lakonannya dalam filem Gending Sriwijaya pada tahun 2012 dan memulakan kerjaya muzik pada 2013 menerusi lagu “Bawalah Aku”.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Malaysia, Asyraf Khalid yang juga anak ketiga Khalid Mohamad Jiwa dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata seorang lelaki dan seorang perempuan.

Beberapa hari lalu, Tya dilihat memuat naik foto beliau memakai tudung di samping suami tercinta, Asyraf Khalid. Malah ramai yang senang dengan penampilan terbaru terkini Tya yang semakin terserlah kecantikannya itu. Ramai netizen di akaun Instagram beliau mendoakan agar Tya kekal istiqomah dengan terus memakai tudung.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Tya telah berkongsi cerita beliau bersama umum tentang bagaimana terdetiknya beliau untuk mengenakan tudung. Tya juga berkata, beliau kini masih dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Selain itu, Tya bersyukur kerana keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberikan semangat kepada beliau.

Ikuti perkongsian Tya di bawah :

” Belakangan ini ramai sekali yang bertanya dan ianya juga mendoakan Tya, alhamdulillah terimakasih banyak kepada semua keluarga, kawan, rakan media dan followers Tya yang mendoakan kebaikan untuk Tya.. “

” Baik, disini Tya hendak berbagi sedikit cerita.. “

” Pada satu pagi 2 February, Sebelum keluar rumah, Tya terdetik untuk mengenakan Hijab. Tanpa sebarang persiapan, Tya just decide untuk cuba pakai Hijab. Tya bgtau Asyraf  ‘B jangan post ya gambar i ni kerana i belum ready’, tapi Asyraf tersenyum lebar sambil mengucapkan Alhamdulillah.. “

” Sebenarnya.. Asyraf, & Prof Muhaya sudah bagi hint pada Tya untuk sempurnakan pakaian Tya. Tapi Tya masih belajar, & Tya masih dalam process untuk memperbaiki diri. Karna bagi Tya, perubahan ini harus muncul dari diri sendiri dulu. Alhamdulliah, Allah bagi Tya kekuatan, & keluarga juga support keputusan Tya untuk bertudung.. “

” Malah orang sekeliling juga sangat support Tya & Tya bersyukur sangat. Misi Tya adalah untuk membantu ramai wanita di luar sana, & Impian Tya sama Asyraf sangat besar, jadi Tya harus lakukan segala perintah Allah & tinggalkan segala lar4ngan Allah, mudah mudahan, Allah redha dengan segala yang Tya lakukan.. “

” Tya juga bersyukur pada Allah kerana telah memberi Tya segala-gala nikmat di Dunia. Tya ada Keluarga yang baik, perniagaan Mutyara yang baik & sedang berkembang dengan sangat laju, jadi Tya nak perbaiki diri untuk lebih baik. Allah sudah sangat baik pada Tya.. “

” Tya minta, semua doakan Tya kekal Istiqomah, & untuk Tya & keluarga lebih success dan maju lagi untuk ke depan ini. Terima kasih kepada semua yang dah support Tya. I love you all! “

-Tya Arifin-
(1/3)

View this post on Instagram

Belakangan ini ramai sekali yang bertanya dan ianya juga mendoakan Tya, alhamdulillah terimakasih banyak kepada semua keluarga, kawan, rakan media dan followers Tya yang mendoakan kebaikan untuk Tya. Baik, disini Tya hendak berbagi sedikit cerita. Pada satu pagi 2 February, Sebelum keluar rumah, Tya terdetik untuk mengenakan Hijab. Tanpa sebarang persiapan, Tya just decide untuk cuba pakai Hijab. Tya bgtau Asyraf ‘B jangan post ya gambar i ni kerana i belum ready’, tapi Asyraf tersenyum lebar sambil mengucapkan Alhamdulillah. Sebenarnya, Asyraf, & Prof Muhaya sudah bagi hint pada Tya untuk sempurnakan pakaian Tya. Tapi Tya masih belajar, & Tya masih dalam process untuk memperbaiki diri. Karna bagi Tya, perubahan ini harus muncul dari diri sendiri dulu. Alhamdulliah, Allah bagi Tya kekuatan, & keluarga juga support keputusan Tya untuk bertudung. Malah orang sekeliling juga sangat support Tya & Tya bersyukur sangat. Misi Tya adalah untuk membantu ramai wanita di luar sana, & Impian Tya sama Asyraf sangat besar, jadi Tya harus lakukan segala perintah Allah & tinggalkan segala larangan Allah, mudah mudahan, Allah redha dengan segala yang Tya lakukan. Tya juga bersyukur pada Allah kerana telah memberi Tya segala-gala nikmat di Dunia. Tya ada Keluarga yang baik, perniagaan Mutyara yang baik & sedang berkembang dengan sangat laju, jadi Tya nak perbaiki diri untuk lebih baik. Allah sudah sangat baik pada Tya. Tya minta, semua doakan Tya kekal Istiqomah, & untuk Tya & keluarga lebih success dan maju lagi untuk ke depan ini. Terima kasih kepada semua yang dah support Tya. I love you all! -Tya Arifin- (1/3)

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Rata-rata netizen turut mendoakan semoga Tya terus istiqomah untuk kekal bertudung dan memuji Tya yang kelihatan sangat cantik dengan mengenakan tudung. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alhamdulillah.. semoga Tya terus menjadi inspirasi kepada ramai ibu2 muda diluar sana.. InshaAllah… Saya doakan yg terbaik utk Tya & family.. “

” MasyaaAllah.. Keep istiqomah.. “

” InsyaAllah Istiqomah hingga ke akhir hayat.. All the best to u Tya.. “

” Alhamdulilah proud of you…. Tya sangat cantik… Semoga trus dimurahkan rezeki bejaya dunia akhirat.. “

” Masya Allah, Alhamdulillah…. Smg istiqomah tya… Aamiin .. “

” Alhamdulillah Tya !!! Moga sentiasa istiqomah dan mencari keredhaan Allah… Manis bila Tya mula berhijab dan sejuk mata Asyraf.. “

Alhamdulillah.. Cantiknya Tya !! Manis sungguh Tya dengan penampilan terkini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Tya akan terus  beristiqomah untuk bertudung, sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia bersama insan-insan tersayang dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Arifin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..