” Azal dengan Azil adalah syurga buat ibu. Terima kasih Azal kerana jagakan Azil.. ” – Zarina Zainuddin

Nota Kecil Azal Kepada Ibunya, Zarina Zainuddin Mengundang Rasa Sayu Dan Sebak !!

Ramai sudah sedia maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar istimewa yang menghidap aut1sm iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal). Selain daripada itu Zarina juga mempunyai dua orang anak lelaki yang lain bernama Naim dan Adam.

Azil menghidap hyper aut1sme manakala Azal mempunyai mild aut1sme yang dikesan ketika mereka berusia tiga tahun.

Anak-anak Zarina dikenali ramai kerana Zarina sering memuat naik video dan gambar mereka di laman sosial Instagram serta sering membawa Azal dan Azil menemaninya ke lokasi pengambaran, berniaga di expo dan juuga beberapa kali muncul di kaca televisyen.

Azal yang mempunyai mild aut1sme masih boleh bercakap, membaca, menulis serta boleh dilepaskan untuk keluar ke kedai seorang diri dan pandai membeli barang yang diinginkan sendiri. Dia juga seorang yang peramah, suka berkawan dan bergaul dengan orang ramai.

Manakala Azil tidak boleh berkomunikasi secara verbal namun semuanya tidak menghalang Zarina sebagai seorang ibu untuk memahami kehendak dan keperluan anak sulungnya itu.

Menerusi akaun Instagram, Zarina berkongsi rakaman video bersama Azal dan Azil yang dirakamkan di salah sebuah restoren sempena bulan Aut1sm.

Saat yang menyedihkan apabila Azal mengeluarkan buku nota kecil yang tertera di dalamnya ” Ibu adalah hadiah dari tuhan buat kami.. “.

Zarina juga mengucapkan terima kasih kepada Azal kerana menjaga dan membantu abangnya Azil. Kata-kata Zarina mengundang sebak di hati netizen. Ya Allah, sedihnya, menus0k sampai ke hati.

Baca perkongsian Zarina dan tonton video di bawah :

” Assalamualaikum. Saya share kan moment indah saya yang sempat dirakam di Restoran @MohdChanMy bersama dua orang insan Istimewa di bulan Aut1sm ini.. “

” Terima kasih pada restoran @MohdChanMy kerana menyajikan kami dim sum dan lauk pauk yang enak kegemaran azal dan azil, saya paling suka cantoness kueh tiaw fuhh memang sedap.. “

” InsyaAllah saya skan datang lagi bersama family dalam masa terdekat ini. Tag kawan nak join sekali.. “

Video ini mengundang rasa sayu di hati ramai netizen. Antara komen-komen mereka :

” Sedih tenguk moment azal tulis tersentuh hati . . Anak yg terbaik. Semoga azal azil di beri kesihatn dunia akhirat amin.. “

” Subhannallah.. setiap insan masing2, punya kekurangan & kelebihan. Azal hebat.. “

” Sayu hati, moga kak @zarinazainuddin_ menuju syurga hendakNya dengan kekuatan luar biasa menjaga anak anak syurga. Kak zarina u r such ibu mithali wanita solehah. Moga sentiasa ALLAH lapangkan seluruh pintu rezeki buat kak zarina dan keluarga.. “

” Terharu.. Akk mmng seorang wanita yg tabah.. N ibu yg penyayang.. Mge akk diberikan kesihatan yang baik.. Aamin.. “

” Bila kita tengok perjalanan hidup zarina zainuddin. kita yg tengah down boleh dapat semangat semula. entah kita sendiri kalau ada di tempat ni boleh ke tak kita sekuat puan zarina. so proud of u puan.. “

” Mata masuk habuk kak. semoga akk n anak2 dilindungi dan dirahmati Allah.. “

” Ya Allah…. mengalir air mata ku di hari JUMAAT yg indah ini..Sy doa kan Kak ina dan anak2 sentiasa di RAHMATI ALLAH S.W.T… Aminnnn.. “

Anak adalah anugerah istimewa daripada Allah. Setiap ibu pastinya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walau siapapun mereka pasti ada tempat dalam hati seorang ibu.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Zarina dan keluarga. Semoga Allah mempermudahkan urusan Zarina dan suami membesarkan anak-anak istimewa ini. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..