” Ayooo lawak la Aafiyah ni nyanyi lagu r0ck. Hahaha.. “

Video Siti Aafiyah Rock Kan Lagu Ibunya, Anta Permana. Amboi.. Dah Macam Suara Bandi Am0k, Comel Sungguh !!

Siti Aafiyah Khalid adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Si cilik pipi merah ini adalah anak kepada penyanyi tersohor negara kita, Dato’ Seri Nurhaliza dan suaminya, usahawan terkenal Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Puteri sulung Dato’ Siti dan kesayangan ramai ini dilahirkan pada 19 Mac 2018.

Nama Siti Aafiyah yang diberikan membawa maksud ‘segala yang baik’ dan nama ini dipilih ketika Dato’ Siti dan Datuk Khalid menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. Ramai sedia maklum Dato’ Siti mengambil masa 11 tahun untuk menjadi seorang ibu.

Walaupun tidak mempunyai akaun laman sosial sendiri, namun Aafiyah tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Keletah dan gelagatnya yang comel membuatkan sesiapa sahaja akan tersenyum menonton video-video  yang dikongsikan di Instagram ibunya.

Menerusi IG Story, Dato’ Siti telah berkongsi video Aafiyah menyanyikan lagu Anta Permana. Apa yang menariknya, Aafiyah telah menyanyikan lagu itu seperti lagu rock. Alahai bijak sungguh Aafiyah, pandai pula buat lagu ibu macam lagu kumpulan Am0k yer.

Video ini turut dikongsikan di Channel Youtube Kuning Langsat. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aafiyah yang comel dan menghiburkan itu. Antara komen-komen netizen :

” Kecil lagi dah nampak berbakat.. cerdiknya Aafiyah.. “

” Nyanyi lagu rock.. pandai nya sayang ni.. “

” Lawak laaaa… ger4m tengok gelagat Aafiyah.. “

” Ayooo lawak la Aafiyah ni. Hahaha.. “

” Comel je gaya diaaaa.. “

Alahai Aafiyah, tak pernah lah tak comel. Ada sahaja gelagatnya yang mencuti hati. Tak sabar admin nak tunggu Aafiyah besar. Mesti cantik, baik, sopan santun macam ibunya. Kami di Berita Kopak mendoakan Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin..

Jom tonton video Aafiyah di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..