” Aura dia Masyaallah, pakai kat Johor sampai ke Aloq Setaq.. “

Bila Ratu Maskara Rozita Che Wan Berceloteh 18 Kali Reject Mascara. Memang Kelakar !! 

Siapa tidak mengenali wanita cantik jelita Rozita binti Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta. Dilahirkan di Alor Setar Kedah pada tanggal 9 Mac 1973, kini Che Ta sudah pun menjangkau usia 46 tahun namun wajahnya kelihatan seperti awal 20-an dan ini membuatkan peminat tidak puas menatap wajah ayu nya itu.

Che Ta merupakan anak kedua daripada tujuh beradik yang mana adiknya, Ayu Raudhah juga merupakan seorang pelakon. Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa Che Ta merupakan bekas peserta Dewi Remaja 1993/94, namun namanya kurang dikenali kerana terp4ksa menarik diri ketika sudah berada di peringkat akhir kerana tuntutan kerja.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Che Ta dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. Namun sayang ikatan perkahwinan ini tidak bertahan lama. Che Ta kemudiannya melangsungkan perkahwinannya yang kedua bersama Zain Saidin pada 13 Disember 2013 dan dikurniakan seorang bayi perempuan diberi nama Aaisyah Dhia Rana Zain pada 1 November 2014.

Menerusi akaun Instagram Anas Zahrin, beliau memuatnaik rakaman video memaparkan Che Ta berseloroh mengenai 18 kali menolak jenis maskara. Kesemua alasan-alasan diberi bermula dari penolakan yang pertama hingga membawa kepada kepada penerimaan yang ke 19. Memang mencuit hati siapa sahaja yang menonton video tersebut.

Jom tengok video dibawah :

” HAHAHAHAHHA! @rozitachewan1 Dia pun nak reject jugak ! KELAKAR LAH !! ”

” Aura maskara che ta memang tak dapat nak tolak ye awak awak semua. MashaAllah..”

Rata-rata netizen terhibur dengan gurauan Che Ta itu. Antara komen-komen netizen :

” Serdak turun kat bawah.. ” 

” Hai gara-gara viral 18 kali reject! Amek ko!! Sume leh jadi… Sump4h lawak! Hahahah.. “

” Hahaha.. Melamp4u na. Jenuh la tengok sampai habis.. “

” Adoi bos. Kelakar la… Hahaha.. Che ta pun layan.. ” 

” Pakai dekat JB boleh sampai Alor Setar.. Aduiii.. “

” Har4M.. Aku ingatkan anas buat maskara bg che ta test rupanya bila sebut 18 kali memang sah dia perl1.. win weh video hampa.. “

” Aura die masyaallah pakai kat Johor smpai ke aloq setaq.. “

” Gelak sampai macam nak termunt4h.. “

” Che ta boleh masuk maharaja lawak.. “

” Hahahaa kelakarla… tak tahan bulu mata yang keluar… ” 

Memang win betul sind1ran Che Ta. Siapa sangka Che Ta boleh melawak sampai macam tu sekali. Dengan muka yang tak pernah tak cantik, dihiasi bulu mata palsunya yang melentik-lentik, pastinya posting Ratu maskara itu menjadi perhatian.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Che Ta dan semoga terus berjaya dalam karier beliau.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anas Zahrin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..