” At least suara Dato’ LIMITED EDITION.. “

Video Dato’ Aliff Syukri Meminta Pendapat Tentang Suaranya. Ada Yang Puji Ada Yang Kec4m. Yang Tak Terkata Apa-Apa Pun Ada. Bertabahlah Dato’ !!!

Siapa lagi yang tidak kenal, sebuah nama besar di negara ini iaitu Dato Aliff Syukri bin Kamarzaman, salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik, Rozita Binti Ibrahim. Dato’ Aliff Syukri mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun lagi.

Penglibatan Dato’ Aliff Syukri dalam dunia perniagaan adalah berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. Berasal yang dari keluarga sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi.

Bukan sahaja dalam bidang perniagaan, Dato’ Aliff Syukri juga berminat menceburi bidang nyanyian. Lagu ciptaan terbaru berjudul Cowok Baru telah menjadi Trending No. 1di Youtube. Dalam lagu tersebut Dato’ Aliff Syukri telah berduet dengan dua penyanyi yang berasal dari Indonesia iaitu Upiak Isil dan Lucinta Maya.

Terbaru, Dato’ Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan beliau sedang menyanyi lagu ciptaan terbarunya yang berjudul C0wok Baru. Lagu tersebut telah menjadi Trending No. 1 di Youtube hampir seminggu.

Tujuan posting itu dimuat naik adalah untuk bertanyakan kepada netizen tentang suaranya. Beliau memuji suaranya sendiri dan menyatakan suaranya yang merdu itu telah membuatkan rakyat Indonesia sangat menghargainya dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Indonesia kerana tahu menilai bakat yang beliau miliki.

Menurut Dato’ Aliff lagi, bukan mudah untuk artis di negara Malaysia menembusi pasaran ke negara Indonesia. Katanya lagi, ini rezekinya dipermudahkan untuk mengembangkan bakat yang tidak terlihat oleh rakyat di Malaysia tetapi dikagumi di negara asing.

Di bawah ini adalah sedutan daripada video tersebut :

” Ya Allah sedapnya suara saya, sedap ke tak sedap, cuba korang komen.. “

” Ini dia Dato’ Aliff Syukri, ganteng sekali ya.. “

” Lagu cowok baru ini bukan sahaja trending di Malaysia tetapi no. 1 trending di Youtube.. “

Ini adalah posting yang telah dimuat naik oleh Dato’ Aliff Syukri di laman Instagramnya.

” Sedap tak suara abg ?? ini baru lps dem4m.. kalau tak lagi merdu.. kerana suara abg yg terlalu sedap ini sampaikan rakyat indonesia juga menghargainya.. terima kasih kalian kerana tahu menilai bakat abg.. “

” Mahu dengar lagu abang yang terbaru kalian b1sa ke YouTube abang tv Telajak laris lagunya judulnya cowok baru.. Sesungguhnya bukan mudah utk artis malaysia memasuki pasaran Indonesia.. “

” Tetapi rezeki abang dipermudahkan utk mengembangkan bakat abang yg tidak terlihat di Malaysia tetapi dikagumi di negara Asing sehingga diberi kepercayaan besar oleh bos abang @hadi_rumnan dan seorg lagi yg handsome muda tu ig di @r.amin93.. “

” Utk menyerlahkan bakat di Indonesia.. Terima kasih kepada syarikat rakaman abang yg menguruskan perjalanan seni abang di bumi asing ini @datuentertainment.. “

” Jgn tanya issue yg x manis semalam.. abg tak nak up kan nama dia.. takut nama dia up pulak.. biar syarikat rakamanan abg @datuentertainment dan setiusaha pr abg @kellyazman yg uruskan.. “

View this post on Instagram

kerana suara abg yg terlalu sedap ini sampaikan rakyat indonesia juga menghargainya…terima kasih kalian kerana tahu menilai bakat abg.. Mahu dengar lagu abang yang terbaru kalian bisa ke YouTube abang tv Telajak laris lagunya judulnya cowok baru.. . . . Sesungguhnya bukan mudah utk artis malaysia memasuki pasaran Indonesia tetapi rezeki abang dipermudahkan utk mengembangkan bakat abang yg tidak terlihat di Malaysia tetapi dikagumi di negara Asing sehingga diberi kepercayaan besar oleh bos abang @hadi_rumnan dan seorg lagi yg handsome muda tu ig di @r.amin93 .. utk menyerlahkan bakat di Indonesia.. Terima kasih kepada syarikat rakaman abang yg menguruskan perjalanan seni abang di bumi asing ini @datuentertainment .. jgn tanya issue yg x manis semalam.. abg tak nak up kan nama dia .. takut nama dia up pulak .. biat syarikat rakamanan abg @datuentertainment dan setiusaha pr abg @kellyazman yg uruskan๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Selepas Dato’ Aliff Syukri bertanya tentang suaranya. Rata-rata netizen menyatakan suaranya tidak sedap. Namun begitu ada juga komen positif yang ditingg4lkan. Ini antara komen-komen mereka :

” Suara yang paling sedap paling merdu yg saya pernah dengar sepanjang saya hidup dato.. “

” Kadang2 kita kena terima hakikat datooo masing2 Allah dah bagi kelebihan dengan bidang yg Allah kurniakan ada org ada bakat nyanyi, ada org ad bakat pndai bisnes, ada org mcm2 lagi.. “

” Dato’ buat lagu keagaamaan lagi bagus Dato’ takde orang kec4m. Nak kec4m pun jadi serba salah.. “

” Saya puji sikap datuk @aliffsyukriterlajaklaris yg selalu cakap suaranya sedap sbb dia hargai anugerah Allah padanya.. apa pun pemberian dari Nya kita patut bersyukur.. at least suara dato’ limited edition.. “

” Bakat utk meniaga tu Alhamdulillah Allah dah bg. so fokus je la berbisnes.. “

Alahai macam-macam kan. Harap netizen semua bersabarlah. Jaga bahasa dan jaga kata-kata. Lebih baik berdiam daripada mengeluarkan kata-kata tohmahan yang tidak elok. Kami di Berita Kopak mendoakan Dato’ Aliff Syukri sentiasa dalam lindungan Allah selalu hendaknya. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..