” Assalamualaikum saya adik Ainul, Umar Abdurrahman.. ” – Nurul Erwani

Nurul Erwani Kongsi Kali Pertama Wajah Umar Abdurrahman, Adik Kepada Ainul Mardhiah Jadi Tumpuan Netizen. SubhanAllah Comelnya, Sama Macam Ainul !!

Sebut sahaja nama Ainul Mardhiah, pastinya ramai yang mengenali kanak-kanak comel yang pernah menjalani pembed4han pembuangan tum0r di London pada tahun lalu. Kisah Ainul menjadi tular di media sosial sehinggakan ramai yang mula prihatin dan mengikuti kisahnya.

Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap Ainul telah memberi sinar keceriaan kepada Ainul. Kini Ainul sudah bertambah sihat dan membesar dengan baik. Banyak perkembangan yang positif ditunjukkan oleh Ainul setelah membuat pembed4han yang dikendalikan oleh team Dr. Amalina Bakri itu.

Beberapa minggu yang lalu, ayah Ainul, Ahmad Safiudin telah berkongsikan kelahiran anak keduanya di laman Facebook. Ini menjadikan Ainul sudah pun bergelar kakak. Terbaru, menerusi laman Instagram, isteri Safiudin iaitu Nurul Erwani telah memuatnaik posting berbentuk video. Video tersebut memaparkan wajah adik Ainul.

Ini adalah perkongsian pertama Erwani di laman sosial mengenai wajah anaknya itu. Erwani juga berkongsikan nama kepada adik Ainul itu ialah Umar Abdurrahman. Dalam kapsyen yang ditulis, Erwani juga sempat bertanyakan tentang persamaan muka Umar dan kakaknya, Ainul.

Di bawah ini adalah perkongsian daripada Erwani. Jom lihat !!

Di bawah ini pula adalah perkongsian daripada Safiudin di laman Instagram miliknya sehari yang lalu.

View this post on Instagram

Umar Abdurrahman

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Entri tersebut dihuj4ni dengan komen yang pelbagai daripada netizen. Mereka mengucapakan kesyukuran dan tahniah kepada Erwani atas kehadiran cahaya mata keduanya itu. Mereka juga menyatakan wajah Umar ada iras seperti kakaknya itu. Ini antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah tahniah Wani, masyaAllah comelnya.. “

 ” Ainul ikut muka ayah, Umar ikut muka mama.. “

” Assalamualaikom Umar, memang ada iras kakak Ainul.. “

” Hensomenya Adik Ainul. Sama Macam Ainul Cantikk.. “

 ” Wahhhh alhamdulillah wani, tahniah, dah selamat dah, suka la Ainul dah ada adik boy yea.. “

” Mata sama macam Ainul, nak kena panggil Ainul, ‘kakak Ainul’ dah ke ni.. “

Alhamdulillah dan tahniah Erwani atas kelahiran Umar. Kalau dilihat memang ada iras Ainul, comel dan bulat pipinya. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan Ainul dan Umar membesar dengan baik dan berada dalam lindungan Allah SWT selalu hendaknya. Buat Erwani, teruskan jaga kesihatan sepanjang berpant4ng.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Nurul Erwani, Ahmad Safiudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..