Ashraf Muslim Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Akikah Dan Sambutan Hari Lahir Anaknya, Safiyyah Ashraf.

Keluarga Bahagia, Sejuk Mata Memandang !!

Nama pelakon dan pengacara kacak Ashraf Muslim atau pemilik nama sebenar Muhd Ashraf bin Muslim tidak perlu diperkenalkan lagi. Anak kelahiran Melaka ini merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik dan mempunyai diploma dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Umum mengetahui Ashraf mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama bernama Noor Dayana dan isteri kedua bernama Wan Sakinah. Hasil perkahwinan dengan Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Anas Ashraf setelah 5 tahun berumahtangga.

Menerusi perkahwinan dengan Sakinah pula, mereka memperolehi tiga orang cahaya mata yang diberi nama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan juga Safiyyah Ashraf. Kehidupan berp0ligami tidak menghal4ng Ashraf hidup bahagia bersama isteri-isteri dan juga anak-anaknya dan sering menjadi inspirasi kepada keluarga di luar sana.

Menerusi akaun Instagram, Ashraf berkongsi beberapa gambar sempena Majlis Akikah dan sambutan ulangtahun kelahiran anak bongsuny, Safiyyah Ashraf yang lahi pada 3 September 2018 dan kini telah berusia setahun. Perkongsian Ashraf menarik perhatian peminat-peminatnya.

” LIVE UPDATE: Majlis Akikah & Sambutan Hari Lahir Safiyyah Ashraf.. “

Rata-rata peminat mengucapkan selamat hari lahir buat Safiyyah dan mendoakan yang terbaik untuk keluarga ini. Antara komen-komen peminat :

” Selamat hari lahir safiyyah moga membesar dgn sihat .. jadi anak yg solehah , penyejuk hati mama ibu dan ayah .. Aamiinn.. “

” Moga membesar menjadi anak yang Solehah… “

” Semoga allah permudah majlis yang telah dirancang.. “‘

” Keindahan yang saya nampak. Keluarga Bahgia.. Aamiin.. “

Di bawah kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar sekitar Majlis Akikah & Sambutan Hari Lahir Safiyyah Ashraf yang dimuatnaik oleh Asyraf di Instagram miliknya :

Alahai sejuk mata memandang melihat gambar-gambar keluarga bahagia ini. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat adik Safiyyah Ashraf. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat. Semoga keluarga Ashraf hidup bahagia dan sentiasa diperlihara oleh Allah. Amin…

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ashraf Muslim by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..