” Asal muka kek tu macam kenal je.. ” – Netizen

Ruhainies Kongsi Gambar-Gambar Kej0tan Sempena Hari Lahirnya. Namun Rupa Bentuk Kek Yang Dibuat Khas Untuknya Itu Jadi Perhatian Netizen. Aduhai Memang Betul-Betul Terkej0t Ni !!

Jika disebut nama Ruhainies pasti ramai yang mengenalinya kerana namanya sentiasa tular di media sosial dengan pelbagai kisah peribadi mengenai dirinya bersama sang kekasih hati. Pemilik nama asal Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas ini mula dikenali melalui drama Hello, Mr Perfect !.

Pelakon yang dikatakan berwajah seiras Nora Danish ini banyak menerima watak utama untuk setiap drama lakonanya. Tidak hanya berbakat dalam bidang lakonan, adik kepada pelakon Risteena Munim ini juga mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan.

Menjengah ke laman instagram milik Ruhainies, Ruhainies telah berkongsi gambar-gambar kej0tan sempena majlis hari lahir untuknya. Walaupun sambutan dan kej0tan itu dilakukan lebih awal daripada tarikh sebenar kelahirannya, Ruhainies tetap merasa sangat terharu dan sangat berterima kasih kepada mereka yang menyediakan kej0tan tersebut.

Menurut Ruhainies beliau tidak menyangka akan menerima kek tersebut, walau apa bentuk rupa kek yang disediakan Ruhainies tetap menyatakan bahawa kek tersebut sedap. Dan beliau tidak kisah apa kata orang pada keknya yang penting dia sangat gembira .

Mari kita lihat gambar-gambar yang dikongsi oleh Ruhainies ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

“Learn to see the good in everything.” . Small advance birthday celebration last night. I heard my birthday cake went viral today. First of all, i nak ucap thanks to the talented baker @syauki_khozaid 😍 i love your cake. Sedap sangat! Even last minute dia still nak buat surprise for me by making me that cake. I seriously taktahu yang i akan receives cakes, surprises or anything. I decided to come to Penang very last minute since i manage to arrange my schedule to attend my cousin’s wedding which is on today’s date. 🥶Well, Im proud and amaze with your talent. Bukan senang nak buat cake sedap mcm tu and the most important is your efforts untuk buat cake for me even you baru dapat info that i am coming to Penang last night. Whatever people wanna say about the cake, i don’t mind. As long as I enjoyed the night and im so happy with the surprises! Thank you so much to @faezmaleks for the arrangement and thank you @thepines.co for the lovely decorations 😍 not to forget, thank you to @ariffr35 and @cekap_privateprotector for taking care of me along the journey from KL – PNG & PNG – KL 💖 . 📸: @mastermus86

A post shared by @ ruhainies7 on

Perkongsian Ruhainies untuk gambar dan kek istimewa untuknya ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antara komen-komen netizen ialah :

” Asal muka kek tu macam kenal je, macam p0ndan popular kat Thailand tu hahaha.. “

” Hahahaa macam muka p0ndan tua Thailand tu kek dia.. Yang penting is usaha dia ikhlas dan kek dia sedap.. ”

” Dont judge the book by its cover, biar nmpak tak lawa pada mata orang tapi yang penting rasa nya. Apa pun happy birthday sis may Allah bless u always.. “

” Kek Mimi Peri namanya ni. Memang sebijik mimi kalau tak caya gi ig Mimi Peri.. “

” Alahaiii comel je kek tu, rupa tak penting janji rasa tu ada.. “

” Aduhaii ser4mnya tengok rupa kek ni hahaha.. “

Alahaiiii serba salah min nak ketawa ke tak ni tapi kek ni memang sangat-sangat istimewa. Tak apa lah walaupun tak ada rupa Ruhainies pada kek tu janji rasa tu tetap ada dan sedap. Apa pun kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada Ruhainies, semoga panjang umur dan sihat selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ruhainies

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..