Apakah Tanda-Tandanya Jika Rezeki Kita Berkat?- Ustaz Dato’ Ismail kamus. Baca Ini Untuk Ketahui Rezeki Yang Kita Dapat Berkat Atau Tidak

Islam menyeru dan menggesa umatnya supaya menjadi umat yang aktif, sentiasa berusaha mencari rezeki di atas muka bumi ini. Tetapi carilah rezeki yang diberkati semoga kita mendapat keredhaan dariNYA dengan rezeki yang dianugerahkan untuk kita itu.

Tetapi bagaimana untuk kita mengetahui bahawa rezeki yang kita dapat itu adalah rezeki yang diberkati?. Dan adakah tanda-tandanya yang rezeki itu telah diberkati?. Mari kita dengar penjelasan yang diberi oleh Ustaz Datok Ismail kamus Ini dalam satu sessi kuliahnya.

Untuk memberkati rezeki kita menurut beliau, janganlah tinggal solat dan amalkan solat sunat Dhuha. Dan apakah tanda-tandanya jika rezeki kita itu berkat?. Menurut beliau lagi tanda untuk mengetahui rezekita kita diberkati adalah mudah. Apabila orang lain juga dapat menikmati sebahagian dari rezeki kita.

Kerana itulah menurut beliau, Nabi bersabda yang bermaksud “Apabila tetamu memasuki rumah orang yang beriman, akan masuk sekali seribu rahmat dan seribu keberkatan”. Jadi apabila tetamu datang, jamulah tetamu dengan makanan dan minuman.

Di dalam ceramah itu juga, beliau menceritakan tentang kelebihan membaca Al-Quran. Sekurang-kurangnya bacalah 100 ayat sehari. Dan sebelum tidur bacalah tiga surah ini iaitu surah Al-Mulk, As-Syajdah, dan al-Waqiah. InsyaAllah, kub0rnya kelak akan terang benderang dan memudahkan menjawab soalan dari Mungk4r dan N4ngkir.

Di dalam kuliahnya itu juga beliau memberikan beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk diri kita dan ibubapa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Semoga dengan apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan bergu8na untuk kita. Sama-samalah kita amalkan dan semoga kita tergolong dalam dolongan yang mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.

Tonton VIDEO Kuliah Ustaz Dato’ Ismail Kamus Di Bawah Ini

Apa nak buat sebelum tidur agar kubur kita kelak terang benderang? – Tuan Guru Dato' Ismail Kamus

Apa nak buat sebelum tidur agar kubur kita kelak terang benderang? – Tuan Guru Dato' Ismail Kamus~ tanda rezeki berkat~ zikir yg sepatutnya jadi amalan harian (istiqamah)~ jangan kurangkan sedekah~ duit dalam poket kita duit siapa?~ Jangan tinggal solat Dhuha

Posted by Ceramah Ustaz & Ustazah on Friday, March 15, 2019

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : FB Ceramah Ustaz dan Ustazah