” Apa ini, siapa dem4m ? ” – Reaksi Aeril Zafrel Ketika Wawa Zainal Buat Kejutan Beritahu Hamil Anak Ketiga Memang Win

Boleh Pulak Dia Ingat Alat Uji Kehamilan Tu Untuk Cek Suhu Dem4m. Alahai Serius Kelakar !!

Pasangan sweet pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah mereka sering menghiasi kaca TV dan popular di laman sosial.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. Kini usia Attar sudah 6 tahun dan Hayla 4 tahun.

Tidak dinafikan rupa paras kedua-dua anak ini mewarisi kecantikan ibu dan ketampanan bapa mereka. Dilahirkan sebagai anak selebriti, sedikit sebanyak kedua-dua anak comel ini terkena tempias popularity kedua ibu bapa mereka.

Menerusi akaun Instagram, Wawa berkongsi video membuat kejutan kepada suaminya untuk memberitahu berita kehamilan anak yang ketiga. Apa yang menariknya, pada permulaan Aeril mengingatkan Wawa menghulurkan alat untuk cek suhu badan.

Tapi setelah melihat ada tertera perkataan ‘pregnant’ pada alat penguji kehamilan itu, barulah Aeril tersedar yang Wawa sedang mengandung setelah 4 tahun dia menunggu kehadiran cahaya mata yang ketiga.

Reaksi Aeril yang teruja seolah-olah seperti untuk baru mendapat anak yang pertama. Alahai sweet sangat pasangan ini. Jom tonton video di bawah :

” I love u syg @aeril_zafrel sorry la 4 tahun u tunggu. tak sangka bila saya & aeril amalkan madu @soullead.hq berhasil.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Aeril. Antara komen-komen peminat :

” Jadi ayah sudah ayah. apa selama ni tak jadi ayah ke adoo. Hahaha.. “

” Yg dia cakap siapa demam tu dah mula tersenyum sendiri aku sekali dia cakap jadi ayah sudah terus gelak hahaha… adoi… mcm yg first dpt anak ba… “

” Dah macam pregnant anak sulung je dia punya excited nak jadi ayah tu hahaha.. “

” Sleng tu ba… Comel jak… Tahniah both of u… Sy lg ni tgah berusaha skg.. “

” Congratulations, masya Allah mukanya aeril gembira sangat.. “

” Tahniah akak @w4w4_zainal dan abg @aeril_zafrel. Yeyyy hayla ade adik weeyh.. “

” ‘jdi ayah sda ayah’, cutee but sweet hahah. mcm sblm ni dia nda jd ayah kan hahaha.. “

” Angkara siapa???? @aeril_zafrel Hahahahaha.. “

” Dia punya slow ‘ dem4m ke? ‘, ‘ jadi ayah sudah ayah’ apooo. Hahahaha.. “

Wahhhh seronok lah Attar dan Hayla, tak lama lagi nak jadi abang dan kakak. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah buat Aeril dan Wawa. Semoga Allah permudahkan urusan Wawa ketika hamil dan bersalin nanti. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wawa Zainal by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..