Anaknya Telah Menc0nteng Dinding Rumah Tetapi Apa Yang Bapa Ini Lakukan pada C0ntengan Tersebut Buat Ramai Ibubapa Kagum!

Kanak-kanak yang membesar pasti akan cuba mengembangkan bakat yang ada pada mereka melalui pelbagai cara. Jadi sebagai ibubapa, pasti  akan pernah melihat anak-anak mereka akan melukiskan apa-apa gambar pada dinding atau ada juga anak-anak yang melukis atau menc0nteng pada kenderaan.

Walaupun kemungkinan ibubapa mungkin merasa s4kit hati melihat pemandangan itu tetapi sebenarnya apa yang dilakukan itu memberi manfaat kepada perkembangan kanak-kanak itu. Seperti sains, seni juga akan mempengaruhi perkembangan 0tak kanak-kanak menjadi lebih kreatif.

Ianya akan memberi tindak balas pos1tif dan akan memberi kelebihan kepada kanak-kanak itu bagaimana cara berfikir dan mengambil keputusan yang tepat. Seni juga akan memberi kanak-kanak lenih keseronokan.

Seorang bapa Ronaldo Gasparian melalui akaun Facebooknya ini memuatnaik beberapa keping gambar yang membuatkan ramai netizen merasa kagum dengan apa yang telah dilakukannya. Dia telah meletakkan frame pada contengan yang dilakukan oleh anaknya dan menjadikan c0ntengan tersebut seperti lukisan yang digant0ng pada dinding.

Apa yang menariknya, dia juga membuat catatan ringkas mengenai ‘lukisan’ tersebut dengan menulis sedikit keterangan mengenai lukisan dan ‘pelukis’tersebut. Bapa ini telah membutyakan lukisan tersebut seperti lukisan yang berada di galeri-galeri lukisan.

Keterangan yang di letakkan kemas pada acrylite ( material yang biasa digunakan untuk papan tanda) menunjukkan nama, tarikh lahir, tarikh contengan, dan juga bahan yang digunakan untuk menc0nteng. Di bawahnya juga ditulis ‘dihadiahkan untuk keluarganya dengan cara kejutan’.

Apa yang telah dilakukan oleh bapa ini telah memberi idea kepada ramai ibubapa untuk melakukan perkara yang sama dengan apa yang telah dilakukan oleh bapa ini. Rata-rata mereka melihat idea yang dilakukan oleh bapa ini adalah salah satu cara yang berkesan dalam perkembangan minda kanak-kanak.

“Satu cara yang tak pernah difikirkan sebelum ini “

“Wow, macam ni kena beli banyak Frame sebab dah banyak anak-anak saya  lukis”

“Satu cara untuk menghargai apa yang nak-anak lakukan, tetapi jangan sampai berlebihan nanti penuh rumah dengan lukisan”

“Harap anak saya tak lukis lagi lepas saya letakkan satu frame pada c0ntengannya”

Walaupun begitu, kita sebagai ibubapa sentiasa memerhatikan apa yang dilakukan oleh anak-anak kita. Jangan niat kita untuk menghargai apa yang dilakukan oleh anak-anak menjadi berlebihan pula.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan dan Disusun Oleh Berita Kopak ? Content Media

Sumber : Facebook Ronaldo Gasparian

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..