Anak Yang Baik Belum Tentu Dapat Menjadi Suami Yang Baik.

Depan Mak Bapak Macam Malaikat, Pij4k Semut Pun Tak M4ti. Hakikatnya Si Isteri Lebih Mengenali Siapa Suaminya !!

Sebagai ibu bapa, pastinya ingin yang terbaik untuk semua anak-anak. Anak yang dididik dari kecil dengan pendidikan yang sempurna sudah pasti sangat dibanggakan oleh ibu bapa apabila anak-anak itu sudah dewasa.

Ibu bapa beranggapan anak-anak mereka sangat baik dan sempurna, tiada yang tidak baik pada anak yang mereka besarkan sejak kecil. Tetapi tahukah semua, yang lebih mengenali sikap sebenar seorang suami adalah isterinya sendiri.

Ramai anak yang di depan ibu bapa baik macam malaikat. Pijak semut pun tidak m4ti. Tetapi depan pasangan mereka tidak dapat menyembunyikan sikap neg4tif mereka. Mungkin semasa mula-mula berkahwin semua kebur0kan itu tidak nampak. Tetapi lama-kelamaan sedikit demi sedikit akan kelihatan.

Tidak dinafikan ibu bapa mempunyai ‘connection’ yang sangat dekat dengan anak-anak, tetapi percayalah anak-anak ingin nampak baik dan hebat di mata ibu bapa mereka. Seboleh-bolehnya mereka akan menyembunyikan sikap bur0k mereka.

Pernah berlaku apabila menantu meluahkan kepada mertua apa yang terjadi supaya mertua boleh menasihati anak mereka, tetapi mertua tidak percaya malah menuduh menantu sengaja membuat cerita dan memburokkan anak mereka.

Apa yang lagi menyedihkan jika memang mertua sudah tahu sik4p buruk anak mereka, tetapi masih hendak memenangkan anak yang mereka sayang dan buat-buat tidak nampak apa yang berlaku.

Baca perkongsian Firdaus Shakirin di bawah. Semoga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa di luar sana. Jangan sesekali menegakkan benang yang basah. Nasihatilah anak anda sebelum terlambat.

(Gambar Sekadar Hiasan)

“Anak yg baik belum tentu dpt menjadi seorang suami yg baik…”. H4rd to digest, difficult to accept right ?

Sebab anak yg kita besarkan tu, dah dibesarkan dgn sempurna ? Dah perfect, tiada cac4t cel4? Hakikatnya, kita mengenali anak sendiri cumalah sedikit shaja… yg lebih mengenali siapa anak kita itu adalah pasangannya…

Si isteri lebih mengenali siapa suaminya… Dia mgkin baik pd pandangan kita, dia mgkin x buat apa2 masalah di depan kita… tp di belakang kita? Siapa dirinya yg sebenar… ? Kita tak tahu sbb depan kita dia tak tunjuk…

Isteri sus4h nk tegur suami, sus4h nk nasihat suami maka dia suarakan apa yg suami buat itu kpd org tua suami, dgn harapan, mertuanya akan menasihati suami… suami pasti akan dgr ckp org tuanya jika org tuanya yg menegur salah silap dirinya sbgai seorang suami…

(Gambar Sekadar Hiasan)

Namun sebaliknya yg terjadi… Menantu pulak dipersalahkan… menantu pulak dianggap berkata bur0k terhadap suami sendiri… menantu pulak dianggap sengaja meng-ada2-kan cerita ttg suami… menjaja kebur0kan suami…

Kenapa kita sbgai ibu bapa masih perlu menegakkan benang yg basah ? Adakah benang yg basah tetap akan tertegak dgn sokongan kita ?

Tak perlu dinafikan hak menantu utk bersuara… tak perlu dinafikan hak menantu utk menegur… tak perlu dinafikan hak menantu utk meminta kita menasihati anak kita sendiri…

Smpai bila dia nk diam ? sampai bila dia nk sabar ? smpai bila dia nk tahan ? End up, klu jd apa2 pd rumahtangga tu, menantu jugak yg kita persalahkan sbb x bgtau awl2, x cakap, x minta nasihat walhal bila menantu cuba bersuara, kita bela anak kita…

(Gambar Sekadar Hiasan)

Anak kita tak solat, anak kita tak tunai nafkah, anak kita ada perempuan lain, anak kita suka melepak, anak kita lebihkan game, anak kita x tolong buat keje umah, anak kita puk0l isteri, anak kita h1sap dad4h, berjud1, main nombor dan sebagainya…

Adakah semua ini masih tak salah pd pandangan kita sbgai ibu bapa ? Di mana logiknya pembelaan kita tu…?

Cubalah menerima dgn berlapang dada akan apa yg disampaikan menantu kpd kita… x de isteri yg sengaja dan sanggup membur0k2kan perangai suaminya utk kepentingan dirinya… apa yg dia dpt ? Nothing…

Semua yg dia buat adalah utk kepentingan rumahtangganya… semua yg dia buat, adalah utk masa depan dia dan anak2nya…

Be wise, think twice… kita membesarkan manusia, bukannya malaikat… dan manusia buat sil4p, buat sal4h, tak sempurna… terimalah kebenaran ini dgn hati yg terbuka… Doakan anak kita utk berubah…

(Gambar Sekadar Hiasan)

Terima kasih Saudara Firdaus Shakirin atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa yang selalu memenangkan anak-anak mereka dalam semua hal walaupun anak mereka yang sal4h.

Nasihatilah anak anda supaya berubah dan menjadi anak dan suami yang baik. Berdoalah untuk kebaikannya kerana doa ibu adalah salah satu doa yang mustajab. InshaAllah. Amin..

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : FB Firdaus Shakirin by Berita Kopak & Content Media