” ‘Anak patung’ pun boleh baca Al-Fatihah. Ya Allah comelnya !! “

Video Aaisyah Dhia Rana Mengaji, Tarik Perhatian Peminat. Sudahlah Comel, Pandai Mengaji Pulak Tu !!

Siapa yang tak kenal lagi Aaisyah Dhia Rana anak kepada pasangan romantis Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta ni. Aaisyah dilahirkan pada 1 Nov 2014 dan Aaisyah kini berusia 5 tahun. Aaisyah dilahirkan secara normal seberat 2.8 kg pada pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Pada ketika itu Zain tidak sabar menanti saat kelahiran Aaisyah, dan detik yang paling menggembirakan adalah ketika pertama kali beliau memegang Aaisyah. Satu pengalaman yang sangat luar biasa dan paling bahagia yang tak pernah dirasainya sebelum ini.

Menurut Zain sebelum ini, nama Aaisyah dipilih separuh olehnya dan separuh lagi oleh isterinya Che Ta. Aaisyah diambil sempena nama ibunya manakala Dhia Rana pula dipilih oleh Che Ta yang membawa maksud sinar kecantikan.

Aaisyah mempunyai dua orang abang iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra. Sejak dari kecil lagi Aaisyah banyak menerima pelbagai tawaran untuk menjadi duta produk. Che Ta tidak pernah menghal4ng dan menganggap itu adalah sebagai rezeki buat Aaisyah.

Berikut adalah video comel Aaisyah sedang membaca surah Al Fatihah yang menjadi tarikan para peminat, mari kita sama-sama saksikan video tersebut :

 “Al fatihah.. #aaisyahdhiarana #april2019.. ”

View this post on Instagram

Al fatihah😊 . . #aaisyahdhiarana #april2019

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Rata-rata peminat memuji cara Aaisyah membaca surah ini, antara komen peminat adalah seperti berikut :

” Pandainya cayanggggg aaisyahhhh niii.. “

” Bagus, bagus… bykkan hafal surah & zikir tau masa ni Dr hafal lagu.”

” Geram nyeee mulut die tu.. “

” Alhamdullillah.. so clever.. mudah2an jadi anak yg Solehah.. InsyaAllah.. Aamiinn..”

” Anak patung can recite Fatihah ! ya Allah comelnya!”

” Subhanallah cantiknya aisyah bertudung. semoga menjadi anak yg solehah dan dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat… aamiin “

” Mendoakan aisyah menjadi anak solehah dah hafizah.. amin ” 

Kami di Berita Kopak mendoakan agar Aaisyah menjadi anak yang solehah dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Semoga Aaisyah sentiasa menjadi anak yang sopan santun dan baik akhlaknya..

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..