Anak murid ini selalu di mar4hi kerana lewat dan tidur di dalam kelas. Tetapi apabila gurunya pergi ke rumahnya, apa yang dilihat sungguh menyent0h hati!

Di dalam kehidupan ini, kita seharusnya tidak mudah menilai seseorang itu berdasarkan luarannya tanpa kita mengetahui perkara sebenarnya. Ini kerana kita mudah dihadapkan dengan pelbagai perkara yangmembuatkan kita selalu menilai dengan pandangan kita. Kadang-kadang ada orang yang menyembunyikan sesuatu dari kita kerana tidak mahu ianya menyusahkan kita. Begitulah sebuah kisah anak murid di dalam video di bawah ini.

Kisahnya yang selalu tidur dan lewat datang ke kelasnya boleh dijadikan pengajaran untuk kita. Anak murid ini yang bernama Xian Long selalu lamabat dan tidur di dalam kelasnya. Satu hari ada seorang guru baru mengajar di sekolah tempat Xian Long bersekolah. Ketika dia sedang mengajar, Xian Long telah lewat datang selama 20 minit dan guru itu pun bertanyakan alasannya lewat.

Xian Long mengatakan yang pada pagi itu adiknya telah munt4h. Xian Long mengatakan yang dia terpaksa menghantar adiknya itu ke h0spital untuk mendapatkan rawatan. Guru tersebut menerima alasan yang diberikan oleh Xian Long itu.

Tetapi tidak berapa lama ketika sedang mengajar, gurunya itu menyedari yang Xian Long sedang tidur. Dia pun mengerakkan Xian Long dan menceritakan kisah arnab dan kura-kura kepada Xian Long sebagai pengajaran.

Selepas itu dia menyuruh Xian Long untuk mencuci muka dan kembali semula ke kelas. Xian Long yang tergesa-gesa ke tandas telah terjat0h dan itu menyebabkan rakan-rakann sekelasnya ketawa dan mengejeknya. Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang menyebabkan Xian Long lewat dan selalu tertidur  di dalam kelas, satu hari gurunya itu menghantar anak muridnya itu pulang.

Sampai di rumah Xian Long, dia pun masuk untuk bertemu dengan orang tua Xian Long dan dia disambut dengan begitu baik oleh ibu Xian Long. Ibunya berkata yang kebetulan pada hari itu yang dia lambat untuk bekerja dan dapat bertemu dengan guru Xian Long.

Biasanya dia akan pergi bekerja pada jam 5 atau 6 petang setiap hari dan pulang pada jam 2 atau 3 pagi. Dan pada hari itu dia meminta kepada majikannya untuk datang bekerja lewat sejam dari kebiasaannya. Guru itu bertanya adakah Xian Long yang menjaga adik-adiknya semasa ketiadaan ibunya itu.

Ibunya berkata, dia bertuah kerana ada Xian Long yang menjaga adik-adiknya. Xian Long  akan memasak, membasuh baju dan melakukan pelbagai kerja rumah. Ketika sekolah cuti, dia akan pergi membantu ibunya mencuci pinggan di kedai makan.

Sebelum pergi ke sekolah Xian Long akan menguruskan adik-adiknya dahulu. dia akan membuat susu, memandikan dan memakaikan baju adik-adiknya. Guru itu sedar kerana itulah Xian Long selalu lambat ke sekolah dan tidur di sekolah. Dia sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar kerapda keluarganya.

Setelah ibu Xian Long pergi bekerja, guru itu menasihati Xian Long supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berjaya kelak supaya mendapat membantu keluarganya.
Begitulah kisah yang boleh kita jadikan sebagai pengajaran. janganlah kita mudah menilai tentang orang lain yang mengalami masalah kerana kadang-kadang bukan itu sikap dan perangainya.

Kita tidak tahu apakah yangh dilaluinya. Kadang-Kadang orang yang kita hin4 itu adalah seorang yang berjiwa besar seperti Xian Long ini.

Tonton VIDEO Tersebut Di Bawah Ini

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE ya!

Disusun Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber Video : Yell0w Pe0ple