Amyra Rosli Buat Kej0tan Bagi Hadiah Pregnancy Test Sempena Hari Lahir Suaminya, Amar Bahrin

Wahhhh, Anaqi Bakal Jadi Abang Tak Lama Lagi. Tahniah !!

Pasangan bahagia pelakon Amar Bahrin dan Amyra Rosli tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah mereka sering menghiasi kaca TV dan juga di laman sosial.

Untuk pengetahuan, Amar dan Amyra yang merupakan pelakon utama drama Nur ini berkahwin pada 11 November 2016. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi Bin Amar atau nama panggilannya Anaqi yang lahir pada pada 10 Oktober 2017. Kini usia Anaqi sudah hampir 2 tahun.

Putera sulung pasangan ini turut mempunyai akaun instagram. Sehingga kini Anaqi mempunyai seramai 652 ribu pengikut. Akaun instagram ini dikendalikan oleh Amar dan Amyra.

Anaqi adalah seorang yang sangat murah dengan senyuman sama seperti ibu dan ayahnya. Video gelagat dan aksi Anaqi yang comel sering dimuatnaik di Instagram miliknya mencuit hati ramai yag menontonnya.

Pipi Anaqi yang tembam dan matanya yang bulat membuatkan peminat rasa ger4m dengannya. Keletah Anaqi yang ceria dan suka tersenyum lebar membuatkan ramai yang terpikat dengannya.

Menerusi akaun Instagram, Amar mengumumkan berita gembira sempena hari kelahirannya yang ke 34. Menerusi video yang dikongsikan di youtube, Amar memaklumkan dia menerima hadiah istimewa daripada isterinya iaitu alat uji kehamilan yang menunjukan tanda hamil.

Amar meluahkan rasa syukur kerana bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Pastinya berita ini hadiah ini antara hadiah paling bermakna buat Amar.

Baca perkongsian Amar di bawah :

” Harini 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yg ke-34, isteri saya #AmyraRosli bagi hadiah pregnancy test.. “

” Yeaaahhaaaaaaaaaa. Alhamdulillah syukur. Semoga semua dapat mendoakan agar Amyra dan baby dalam kandungan.. ”

” Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini.. “

Rata-rata peminat dan juga rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah .. Tahniah abang Amar and Kak Mira .. Anaqi nak jadi abg.. “

” Wahh anaqi nak jadi abang dah! Tahniah both of u! Take care @aamyrarosli.. “

” Happy birthday Amar and glad that there is an additional member on the way! Congratulations.. “

” Happy Birthday Amar.. semoga di panjangkan… dimurahkan rezeki dan di lindungi ALLAH. Syukur Alhamdulillah… tahniah.. “

” Happy Birthday Amar! Have a good one, and congratulations to you @amarbaharin and @aamyrarosli ! “

” Amyra pregnant lagi ke ? Wah tahniah Amyra n amar.. “‘

” Tahniah, Anaqi dapat adik hbis laa lepas ni. Congrats @aamyrarosli @amarbaharin.. “

” Alhamdulillah. Tahniah. Anaqee nak dapat adik.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Amar dan tahniah buat Amar dan Amyra atas berita gembira ini.

Semoga Allah permudahkan urusan Amyra ketika hamil dan bersalin nanti. Amin.. Wahhh seronok lah Anaqi tak lama lagi dah nak jadi abang.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amar Bahrin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..