” Ampun Tuanku. Suara patik tak sedap, demi menunaikan permintaan Tuanku.. “

Fasha Sandha Kongsi Video Menyanyi Berduet Bersama Suaminya Aidil Selepas Diminta Oleh Raja Perempuan Perlis. Perghh Sedap Suara Aidil !!

Pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha dan pelakon Aidil Aziz akhirnya pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 yang lalu setelah berteka teki dengan peminat tarikh pernikahan mereka.

Pasangan selebriti ini difahamkan bernikah di Masjid di kampung halaman Fasha di Perlis. Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil dikatakan bakal berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan pada bulan hadapan.

Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menghadiri majlis persandingan Fasha dan Aidil di Perlis.

” Menjunjung Kasih Tuanku kerana sudi memcemar duli ke Majlis patik yang sederhana. Syukur Alhamdulillah #aidilfasha.. “

Fasha juga berkongsi video nyanyiannya bersama Aidil selepas diminta oleh Tuanku untuk menyanyi.

Ampun Tuanku. suara patik tak sedap, demi menunaikan permintaan Tuanku. Our first duet together , selepas sah menjadi suami isteri.. “

Rata-rata peminat memuji pasangan pengantin baru ini yang begitu sporting dan sweet. Antara komen-komen peminat :

” Suara @itsaidilaziz sedap mcm penyanyi sebenarkan. Siapa sokong? Hehe semoga uolss kekal sampai akhir hayat and bahagia sampai hujung nyawa. Amiin.. “

” Nampak kebahagiaan pasangan ini pada wajah mereka.Ya Allah kekal kan la rasa sayang antara mereka berdua hingga akhir hayat. Aaminnnn.. “

” Fasha ni antara artis tak sombong pernah jumpa byk kali masa shopping dgn anak2 di klcc, pemurah dgn senyuman tak pernah kekwat. Sentiasa layan anaknya dgn baik manja sangat2 sebagai ibu penyayang. Sebab dia selalu senyum kita nak minta izin ambil gambar rasa segan. Jenis tak berlagak. Dia senyum & angguk pada peminat.. “

” Suka tngok pasangan sehati sejiwa ni.. Terserlah aidil syg sgttt sgtt ke fasha.. Pimpinlah keluargamu ke jannah @itsaidilaziz moga bahagia hingga ke jannah.. Amiiiin.. “

” Sweet sngt @fashasandha @itsaidilaziz …pasangn sama cntik sama padan…smoge bhgia berpnjangn smpai bila2… “

” X sedap xpe..janji sporting … btw suara aidil sedap jgk laaa.. “

” Olololo.. sweet sgt.. @fashasandha malu2.. apapun congrats for both! finally.. “

Semoga pasangan pengantin ini dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah hingga akhir hayat sebagai jambatan mencapai redha Allah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha / Article by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..