” Ameena takde ke Datin Shahida ? ” – Netizen

Terima Komen Daripada Netizen Mempersoalkan Tentang Ameena, Ini Respon Datin Shahida. Alahai Bertabah Lah Datin, Tak Habis-Habis Dipersalahkan Oleh Netizen Pasal Ameena !!

Keluarga jutawan kosmetik D’herbs dan AS Legacy, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sentiasa menjadi tumpuan netizen. Keluarga ini kelihatan ceria dan gembira selalu. Berkahwin pada usia muda, mereka kini sudahpun dikurniakan lima orang anak.

Datin Shahida juga turut menjaga seorang anak angkat dipanggil Ameena. Tidak hanya anak angkat, Ameena juga anak susuan Datin Shahida. Sering berkongsikan cerita tentang kehidupan sehariannya bersama anak-anak di Instagram, gelagat comel mereka seronok dilihat.

Ameena yang akrab dengan Yusuf disayangi oleh semua adik beradiknya dan juga Datin Shahida serta Dato’ Aliff. Jika dulu Yusuf jadi kesukaan peminat, kini giliran Raudhah pula. Memiliki muka seperti anak kacukan, wajah Raudhah sangat mirip dengan rupa Datin Shahida.

Meninjau akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan gambar produk barunya. Apa yang menarik adalah packagingnya yang siap dengan gambar karikatur anak-anaknya beserta nama mereka.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Wah impian nak ada essential oil sendiri dah jadi kenyataan..saya mmg peminat essentials oil ni..dari anak satu sampai 6 semua saya guna……cuma nya setiap kali saya update ramai yg cakap harga mahal..so saya keluarkan yg terbaru harga sangat2 mampu milik dan sangat bagus utk perkembangan anak2 membesar..tambahan musim covid ni kena lindung anak2 kita semua…Setiap set ni ada fungsi tersendiri. . Ammar (ingenuity)- fungsi utk focus dalam belajar. Cara roll dekat belakang tengkuk, dada, pergelangan tangan. pastu letak dekat tapak tangan gosok2 and suruh anak bau dalam2, elok pakai kan anak2 setiap kali nak ke sekolah. . Qadejah (immunity) – utk support kekuatan immune system badan anak2. Cara -roll kan bawah tapak kaki da gosok2 setiap kali lepas mandi atau keluar . Ibraheem (breathe relief) – lebih kepada masalah selsema batuk or sukar bernafas. Cara – roll kan pada belakang tengkuk, bahagian dada serta tapak kaki. serta gosok pd tapak tangan utk anak hidu dalam2 . Yusoff (lalaland) – fungsi kepada anak yg sukar tidur atau nak anak tidur lena atau anak yg jenis cranky. Cara – roll pada belakang tengkuk, sapu pd dada, belakang telinga serta hidu dalam2 . Raudah (Balsam) – fungsi gigitan serangga atau nyamuk, ketidakselesaan perut cara- sapukan di tempat gigitan, sapukan di perut anak yg tidak selesa serta boleh di jadikan minyak urut untuk anak-anak . Yg berminat nak jadi agen boleh hubungi no tertera : . Kuala Lumpur : 017-2267705 Selangor : 016-3616289

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Namun ada jua yang mempersoalkan mengapa tiada kotak yang khas untuk nama Ameena seperti anak-anak yang lain. Datin Shahida lantas menjawab supaya ianya jelas dan difahami semua.

Rata-rata netizen lain juga tidak senang dengan komen netizen berkenaan dan memberi kata-kata semangat buat Datin Shahida. Antara komen-komen mereka :

” Yeayyy dh ada yang tanya soalan cepu cemas .. hahaha .. sabar ye datin shahida.. “

” Oh, dah ade rupenye orang yang nanye mana ameena. Baiklah.. “

” Siapa cakap ameena takde. Ameena ada je kat situ.. “

” Kekekehh. Dah agak dah timbul soalan ni. pelik2.. “

” Ya Allah sabar jela dgn manusia ni, sikit2 ameena mana, ameena xde ke, mana ameena.. “

” Terbaik datin. Tak payah layan soalan-soalan tu.. “

” Datin, penerangan yg jelas. Bagus datin.. “

Setiap apa yang Datin Shahida buat pasti ada penjelasan dan sebab musababnya. Lagi-lagi yang melibatkan Ameena. Mungkin niat netizen itu hanya ingin bertanya sahaja. Apa pun, semoga perusahaan Datin berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ceria dan gembira selalu bersama keluarga Datin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Nur Shahida Mohd Rashid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..