” Ambooii kemain party ya Kak Kiahh.. “

Sharifah Shahirah Kongsi Gambar Bersama Suami Yang Ambil Oleh Anaknya, Oddah. Tak Sangka Gambar Yang Di Ambil Jadi Seperti Ini. Memang Kelakar Habis. Hahaha !!

Penyampai radio Suria FM, Shiera atau nama penuhnya, Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bak4r lebih dikenali sebagai Shiera. DilahirkanĀ  pada 14 Oktober 1974, beliau juga merupakan pelakon, pelawak, dan pengacara televisyen di Malaysia. Bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Shiera pernah mendirikan rumah tangga bersama Jatt Ali, vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Allisya. Jodoh antara Shiera dan Jatt Ali tidak panjang dan pasangan ini telah berp1sah pada tahun 1999.

Buat kali kedua, Shiera telah berkahwin dan menamatkan zaman janda pada tahun 2003 bersama pasangan yang juga seorang pelakon, Zulkifli Azahari atau lebih dikenali sebagai Ijoy Azhari dan merupakan anak kepada pelakon Maria Arshad. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, Airra, Audra dan Adeena.

Menerusi akaun instagram, Shiera yang kini sedang bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga tersayang. Shiera turut memuat naik gambar beliau bersama suami tercinta iaitu Ijoy. Di sebalik gambar itu, ada kelakarnya, apabila Shiera berkongsi cerita bahawa, gambar yang diambil itu adalah oleh anaknya, Audra atau nama panggilan manjanya, Oddah.

Ikuti perkongsian Sheira di bawah :

” Bila suh oddah amik gambar. Dia kata nak edit ingat kita bagi kecik. Oooo ni kejadiannya.. Dia tulis party.. apo party.. @ejoyazari.. “

Rata-rata peminat terhibur akan gambar yang dikongsikan oleh Shiera itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Pandai odah edit.. “

” Ambooii kemaen party ye Kak Kiahh.. “

” Party pn party la odah.. “

” Adoi kelako tol la Odah.. tkpe Kak jnji comey dh pic tu.. “

” Comelnye edit macam ni.. “

” Odah punye edit mcm la mak pak dia couple2 remaja.. kkekeke.. “

” Mcm couple2 mudo2 bersemutt ni.. “

Woww !! Pandai anak Shiera edit gambar. Kelakar betul kapsyen Shiera, bila ingat anak nak edit gambar bagi kecil (kurus). Tapi tak apa, cantik sangat gambar tu, nampak Shiera dan Ijoy romantik sangat. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Shiera sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta. Happy holiday Shiera !!

Silakan SHARE.

Sumber : IGĀ  Shiera Ijoy Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..