” Amboi bukan main lagi Han Byul bergelek… “

Video Han Byul Menyanyi Lagu Dangdut Di Big Stage Memuk4u Semua. Part Sherry Al Hadad Terjemah Komen Dato’ Siti Nurhaliza Serius Kelakar !!

Rancangan realiti nyanyian Big Stage musim kedua kembali memeriahkan lagi malam minggu dengan persembahan peserta yang bertanding untuk merebut gelaran juara. Ini adalah program pencarian bakat Budak Baru Nak Up (BBNU) yang mempunyai banyak jumlah tontonan di Youtube.

Apa yang istimewanya pada musim terbaru ini, pihak Astro menggabungkan peserta Malaysia dan juga peserta dari luar negara iaitu Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan. Alif Satar dan Sheery Alhadad sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Big Stage.

Kehadiran peserta dari Korea Selatan yang bernama Han Byul pastinya mendapat perhatian ramai. Mempunyai wajah yang kacak, suara yang merdu dan pekej yang lengkap sebagai penyanyi, membuatkan Han-Byul menjadi salah seorang peserta favourite pada musim ini.

Pada minggu ini Han Byul membawakan lagu dangdut yang bertajuk Yang Sedang-Sedang Saja, nyanyian asal penyanyi Iwan. Han Byul menyanyi dengan caranya yang tersendiri dengan penuh bertenaga dan akhirnya menerima tepukan gemuruh daripada semua yang berada di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Han Byul juga boleh bergelek dengan baik dan membuatkan semua penonton terpuk4u dengan persembahannya. Amboi bukan main lagi dia bergelek yer. Pertuturan dalam Bahasa Melayu juga sangat baik dan harus dipuji. Rata-rata Han Byul menerima komen yang positif daripada juri-juri.

Apa yang menarik, ketika juri tetap Dato’ Siti Nurhaliza memberi komen dalam Bahasa Melayu, cara pengacara Sherry Alhadad cuba menterjemahkannya kepada Han Byul sangat mencuit hati. Alahai Sherry ni memang tak pernah tak kelakar. Ada sahaja idea dia buat orang ketawa.

Rata-rata penonton kagum dengan persembahan Han-Byul yang sangat menghiburkan. Bukan senang bagi perserta luar negara seperti Han-Byul membawakan lagu dalam Bahasa Melayu dengan begitu baik sekali. Antara komen-komen netizen :

” Okay je pronouce dia, yg ko b1tter pahal, he work hard for the song, cuba kau nyanyi.. “

” Bukn soal minat korea ke tk … tpi usaha die nmpk … memg patut die dpt pujian.. “‘

” Bukan sebab semata mata dia korean laa yg dpt markah tinggi tu, dah dia buat okey.. “‘

” So cute lah hanbyul nyanyi dangdut malaysia.. “

” Han Byul wow well done dear you done very well and your voice is very nice I love you boys very high note.. “

” Amboi bukan main lagi Han byul bergelek… “

Tahniah kepada Han-Byul kerana membuatkan ramai yang terpuk4u dengan persembahannya. Semoga terus memberi persembahan yang terbaik setiap minggu dan menghiburkan semua dengan persembahan yang memuk4u. All the best Han Byul !!

Sila tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube Astro Gempak by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..