” Amboi bukan main eksyen muka ehh.. ” – Netizen

Video Gelagat Ardy Wira Menunggang Motor Vespa Mainannya. Amboi Bukan Main Muncung Tu, Dah Boleh Ikat Lah Wira. Muka Tak Boleh Bawak Bincang !!  

Melihat senyum manisnya, banyak hati yang tertaw4n. Diberi nama Ardy Wira, anak Betty Rahmad ini popular kerana gelagat suka tersenyumnya itu. Sudahpun setahun usianya, banyak keletah Wira dikongsikan di akaun Instagram miliknya.

Betty yang mewujudkan akaun ini ketika Wira masih bayi. Sehingga sekarang, sudah 190 ribu pengikut mengikutinya direkodkan pada akaun Instagramnya itu. Sebelum ini, aksi Wira memasak dan memakai pakaian Chef seperti Chef cilik Kobe Eats turut mendapat perhatian ramai.

Baru beberapa hari lepas dikongsikan Betty gambar Wira bersama sebuah mainan motor elektrik hadiah daripada ibu saudaranya, Erma Fatima. Wajah Wira sangat ceria di samping motor Vespa merahnya ini. Seronoklah makin bertambah koleksi mainan Wira.

Menerusi akaun Instagram Ardy Wira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Wira sedang menunggang motor Vespanya ini. Apa yang menarik adalah mimik muka Wira yang mencuit hati itu. Amboi sambai bawa motor, mata pandang tepi je. Tapi mulut muncung tu comel sangat !!

Jom tonton video di bawah :

Aksi Wira bermain ini menghiburkan dan menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Fuyooo. handsomenyaaaa wira. Mcm karakter kartun LAT.. “

” Eh sejak-sejak dah ada lesen, ni je keje awak eh. Hahahaha.. “

” Muka tu, muka tu. mintak kna gigit sangat. Mulutnya tu,hamboi.. “

” Aceceh kaki kanan tu. bukan main. pandai dia tekan padel so cute.. “

” Baru naik scooter, dah berlagak. Belum superbike ni.. “

” Amboi bukan main eksyen muka ehh. Mata tak pandang depan terus.. “

” Bahay4 driver ni bawak moto tak pndng depan.. Hahaha.. “

Alahai WIra, tak pernah tak comel. Ada sahaja keletahnya yang membuatkan ramai terhibur. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Wira sentiasa sihat, gembira di samping keluarga dan membesar menjadi anak yang bijak dan soleh. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ardy Wira, IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..