” Amalkan benda yang aku nak kongsi ni. Simple je, tapi kesan dia besar tau. Amalan kecil yang didengari. Hikmahnya Subhanallah !! “

BERDOA merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak terhadap segala yang berlaku,

Manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala (SWT).

Inilah untaian kunci rahsia terkabulnya doa yang diminta.  Allah SWT sentiasa melihat dan memperhatikan setiap tingkah laku kita, sama ada perbuatan lahir dan batin.

 

Bismillah. Memandangkan connection Internet dekat kampung aku agak mencabar hati dan sanubari aku ( hampir serupa sloth ok ), jadi aku taip la sikit sebanyak tips2 ni dekat phone. Nanti dah balik rumah, aku letak link sikit takdela semua.. bagi korang senang refer dan post. Moga adalah jugak saham akhirat aku.

Disebabkan korang boring kan asik keluar pasal jodoh, apa kata kita refresh dan amalkan benda yang aku nak kongsi ni.. Simple je, tapi kesan dia besar tau.

Aku tak sure nak bahagikan point ni macam mana. Tapi secara realistik, benda ni yang selalu kita semua buat..

1. Naik kenderaan.

Tak kisah la naik kereta, bas, train, basikal ataupun berjalan. Baca :

i)

ii) Ayat kursi

iii) Istighfar

Bismillahilladzi layadhurru… benefit dan maksud dia :

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, “ Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” sebanyak tiga (3) kali.

Maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan b4la dan musib4h sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad).

Kira doa pelindung bismillahilladzi dan ayat kursi supaya Allah jaga kita. Bagus baca pagi dan petang.

Istighfar untuk dipermudahkan perjalanan.. Kan ada satu kisah yang seorang ni dia tanya macam mana nak ada anak nak kebun2 dia byk hasil semua..

Dia akhirnya diminta untuk membaca Istighfar bagi kesemua hajat dia termasuk rezeki dan anak.. Istighfar ni mintak keampunan.. Allah sayang sgt hamba Dia yang datang merayu meminta dekat Dia.

2. Jumpa bos / pergi meeting / interview kerja.

i) Baca ayat kursi dan rabbishrohli sodri wayassirli.. Sampai habis.

Ayat kursi selalu aku baca sebab aku n3rvous atau tak0t. Even kalau ada orang yang buat aku t4kut dalam lift pun aku baca. Haha.. Tapi Alhamdulillah lepas baca tiba2 semua jadi smooth je.

Rabbishrohli… untuk kita lancarkan lidah kita dalam berkata2. Ha time nak interview tu takde la nak aaa aaa.. Pastu blank. Moga Allah beri kekuatan hati dan ilham yang terserlah dengan kata2 lancar yang menusuk jiwa. Gituu.

Doa ni jugak doa Nabi Musa masa nak jumpa firaun.. Kira nabi mintak Allah untuk lancarkan kata2 nabi.. Hebatkan.

ii) Doa dipandang tinggi dan berkarisma 

Kira aku dah eksperimen (baca: amalkan) lama. Hmm start aku kerja kot. Tak ingat. Aku jumpa dalam himpunan doa yang disusun oleh Ustaz Zahazan dan Ustaz Mohd Wahid. Masa dulu buku tu warna pink. Sekarang taktau ada lagi tak. Setakat ni alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang rezeki yang baik.

Walaupun aku tak la hebat sangat kerja tapi orang ingat aku boleh buat lebih dari yang aku rasa. Allah mudahkan sepanjang +-8 tahun aku kerja di 3 tempat yang berlainan.. Aku kerja swasta. Bos aku ketiga2 Chinese.

Satu lagi, selain doa kat atas.. Boleh amalkan cara ni. Nak dijadikan cerita.. Masa tu manager tempat kerja kedua aku attitude dia ramai tak tahan. Cakap jer1t2 bl**dy h*ll, bu*****t tu biasa. Satu tingkat dengar. Masa tu environment t0ksik gil4. Ramai resign. Tapi aku bertahan dulu.

Aku bawak kereta sampai men4ngis disebabkan dia pun pernah. Masa borak dengan kawan, aku cerita dekat dia pasal manager ni sebab str3ss sangat.. Apa yang dia kata, selain doa.. Ialah.. cuba untuk berlapang dada.

Serius.. Apa2 benda yang meny4kitkan jiwa yang Manager tu buat aku cepat2 urut dada sambil cakap, Vee cubalah untuk berlapang dada. Cuba. Aku amalkan disamping doa dipandang tinggi tu. Dan turn out aku jadi salah sorang yang dia sayang. Alhamdulillah.

3. Benda tersalah letak atau hilang.

(Gambar Sekadar Hiasan )

Baca Surah An-Nasyrah.

Serius.. Yang ni aku tak tipu. Yang atas2 tu tak tipu jugak la kan. Haha. Surah ni daripada kecik aku amalkan. Setakat benda2 kecik tu Alhamdulillah jumpa. Yang penting kena yakin dan usaha.

Yelah kalau hilang benda lepas tu kau dudukla bertadarrus baca surah ni sambil tengok atas.. kau ingat benda hilang tu nak jatuh dari langit ke kawan.

Aku selalu hil4ng benda kecik contoh macam phone, cermin mata, kunci, buku, dompet macam tula. Aku baca surah ni sambil cari.. Macam insyaAllah akan jumpa dalam waktu yang singkat.. Kan ayat dalam surah tu cakap lepas kesus4han ada kesenangan.. Dua kali Allah bagitau.. Pi tengok terjemahan surah tu pi..

4. Move on

(Gambar Sekadar Hiasan )

Untuk move on.. Selain dari tahajjud, memohon dalam doa setiap malam, men4ngis dan merayu pada Dia (3 benda penting), aku baca doa ni.. Doa Nabi Yunus masa dalam perut ikan.

Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minnazholimin.

Masa mula2 suami aku lepaskan aku sebab dia tak punya perasan dekat aku (bayangkan, tak sampai 2 tahun kawin), aku bawak kereta dengan hati yang pec4h. Kiri kanan aku macam dalam movie matrix tu. Semua laju dan kabur.

Hati aku macam kena gil1s lori tayar enam belas. Takda apa yang tinggal. Mata aku kabur sebab penuh air mata.. Tapi pesan mak pada aku, baca doa ni. Aku baca. Setiap kali bawak kereta dengan hati yang begitu, aku baca.. Aku baca hingga hati aku seperti dibalut kemas. Dan akhirnya terubat. Alhamdulillah.

5. Untuk hajat

(Gambar Sekadar Hiasan)

Okla yang ni last.. Selain solat hajat, sebagai tambahan kita boleh mohon dikabulkan hajat dengan cara ni.. Yang ni aku dengar daripada ustaz.. Banyak cara. Aku pun ada cuba macam2 cara. Cuma kadang tak istiqamah.. Haha.. Tula.. Benda ni kena la istiqamah kan..

Cara pertama. Baca yasin.. Dekat ayat last ada perkataan mubin. Jadi orang panggil 7 mubin sebab ada 7 ayat yang begitu. Baca hajat selepas perkataan mubin tu.

Cara kedua. Buat waktu subuh.. Kalau sebelum subuh lagi bagus. Baca surah al-fatihah lepas tu selawat. Kemudian baca yasin. Baca macam biasa sampailah jumpa perkataan kun fayakun.. Ok masa tu berhenti dan baca dalam hati hajat kita.. Paling bagus buat list. Baca list tu.

Ada sorang ustaz ni aku lupa siapa.. setakat yang dia amalkan.. Semua hajat dia terkabul.. Siap dia cross setiap satu list dia.. Mungkin hajat aku Allah akan tunaikan tapi lewat sikit.. Huhu.

Dan jangan lupa bersedekah. Setiap pagi, niat sedekah keluarkan singgit pun takpa. Letak dalam tabung. Panggil dia tabung subuh. Sampai sebulan boleh pegi masjid letak dalam tabung masjid.

Kan ada kisah yang Rasulullah tanya sahabat siapa yang dah bersedekah pagi ni. Masa tu selepas subuh kot.. Awal sgt. Kira dia sedekah sebelum subuh lagi tu masa nak pi masjid.

Aku nak kongsi dua buku bagus :

Pertama : yang buku pink tu : Doa, zikir dan munajat yang didengari Allah. Tulisan / di susun oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Mohd Wahid, terbitan telaga biru.

Kedua : amalan mengangkat darjat. Tulisan / di susun oleh Ustaz Jafri Abu Bakar, terbitan galeri ilmu.

Dua buku tu kecik dan nipis je. Tapi aku sangat suka. Korang tryla tgk.. Asik terbaca kisah artis dan bawang2 je, pen4t kan. Kita tukar sikit..

Apapun, pada yang belum ada rezeki jodoh, anak, kerja, nikmat kesihatan mental dan fizikal termasuk hati yang tenteram, aku doakan semuanya dipermudahkan. Termasuklah aku. Istighfar banyak2 ya. Amiin. – Vee

Amalan tersebut nampak kecil, tetapi kebaikan yang dilaksanakan secara istiqamah itu akan memberikan impak yang baik kepada pelakunya secara berterusan.

Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terima kasih kerana membaca.

Silakan SHARE dan semoga bermanfaat.

Sumber : IIUMC / Dikemaskini oleh Berita Kopak & Content Media.