“ Along !! Please, dah dah lah tu. Mama dah tak ada. Abah tahu, Abah tak pandai masak.. “

Kem4tian Isteri Buat Suami Hilang Arah Menguruskan Anak, Baca Perkongsian Doktor Ini !!

Kehidupan rumahtangga bukanlah sekadar bermain dengan perasaan senang dan romantik tetapi perlu juga wujud tanggungjawab dan beb4n kehidupan yang harus diuruskan dengan baik.

Tidak salah atau jatuh darjat seorang suami membantu isterinya melakukan kerja rumah. Malah perkara ini sangat dituntut oleh agama kita supaya pasangan suami isteri saling bantu membantu, bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Sering kita dengar kisah apabila seorang suami yang baru sahaja kem4tian isteri berkahwin lagi. Antara sebabnya si suami itu tadi tidak pandai menguruskan anak-anaknya dan mengharapkan orang lain.

Ini kerana semasa isteri pertamanya wujud, tugas harian diuruskan seratus peratus oleh isterinya. Jadi apabila isterinya telah tiada, dia bagaikan m4ti kutu untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak yang ditinggalkan oleh isterinya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Perkongsian Doktor Kamarul Ariffin di bawah buat ramai lelaki khususnya para suami buka mata :

“ Abah tak pandai masak ”. Budak ni datang ke klinik dengan abahnya, mengadu s4kit perut dan cir1t bir1t. Budak ni salahkan masakan abah dia. Aku pun periksalah budak tu, sambil-sambil berborak dengan budak tu.

“ Siapa yang pandai masak ? ” soal aku. “ Mama. Mama pandai masak. Mama masak, kita tak s4kit perut pun. Hari-hari kita makan sedap,” jawab budak tu. Petah bukan main. Umurnya sekitar 5-6 tahun.

Masa aku periksa perut dia, aku perasan di pinggang hingga ke perut ada jangk1tan kul4t, ada bekas g4ru, luk4-luk4. Setelah itu aku lihat kukunya sedikit panjang dan hitam di bawahnya. Aku pun tanya abahnya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

“ Abah, dah lama ke dia gat4l-gat4l ni ? ”. Abah dia kelihatan blur. “ Abah tak perasan eh ? Ni, tengok ni. Ada pan4u ni. Banyak juga ni,” beritahu aku.

Abah budak tu pun, bangun dari kerusi dan menc4ngkung di sebelah anaknya yang sedang duduk di kerusi. Dia lihat perut anaknya.

“ Kuku dia pun panjang. Kotor dah tu. Mungkin sebab tu dia s4kit perut,” sambung aku lagi, dan ketika itu aku perasan kuku budak tu ada bekas digig1t.

Si Abah ambil tangan anaknya dan lihat dan kemudian dia angguk-angguk. “ Jangan gig1t kuku tau. Tak elok,” nasihat aku pada budak tu.

(Gambar Sekadar Hiasan)

“ Dulu Mama yang selalu pot0ngkan. Mama — ”

“ Along! Please. Dah dah lah tu ! ” tegas si abah menyeka kata-kata anaknya tu lalu berdiri.

Aku yang sedang duduk di kerusi aku pun menengadah muka dan lihat pada si Abah. Tengah elok dia lihat anaknya, kenapa tiba-tiba dia kata begitu ? Aku lihat dia lihat pada anaknya. Di wajahnya terpamer wajah seorang ayah yang hampa.

“ Mama dah tak ada… dan abah tahu… abah tak pandai masak. Abah kena belajar,” dia berhenti seketika, aku kira menyeka air mata, kemudian dia sambung “ tapi along pun kena belajar. Belajar hidup tanpa Mama.”

(Gambar Sekadar Hiasan)

“ I’m sorry… “ gumam budak tu. Budak tu bangun dari kerusi, lalu abahnya tunduk dan peluk budak tu sebelum di dukungnya rapat ke di dada. Aku dengar budak tu mula menangis tersedu.

“ I love you too. ” Aku dengar suara si abah kata begitu, mungkin membalas apa yang dibisik oleh anaknya ke telinga. Sebak pula. Aku baru je periksa isteri dia dua minggu lepas. Datang sebab pen1ng kepala. Masa tu dia tanya pasal ubat kurus. Aku cakap tak payahlah ambil.

“ Sorry doktor… ” kata si Abah tadi lalu bercerita berkenaan isterinya. Rupanya masa datang jumpa aku tu isterinya dah ambil pun ubat kurus. Lepas aku tegah tu, isterinya masih ambil lagi. Tiba-tiba satu hari tu rebah masa memasak. Bawa hospital, tapi tak dapat diselamatkan. Doktor kata ser4ngan jantung.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Ada sesetengah pil kurus ada bahan terlar4ng, dan bahan tersebut boleh akibatkan serangan jantung, sudden card1ac arrest. Namun, aku tak tahulah dalam kes ni berkaitan atau tak. Apapun, baik elakkan.

Sebenarnya masa lelaki itu bercerita, aku cuba meletakkan diri aku pada situasi dia. Aku dapat bayangkan aku pun akan terkapai-kapai. Hilang arah.

Entah bila kali terakhir aku periksa kuku anak aku. Potong kuku anak mungkin tak pernah. Bila kali terakhir aku mandikan anak aku? Aku tak ingat.

Kalau isteri aku suruh aku pakaikan baju untuk anak aku yang umur 5 tahun tu, mesti aku ambil baju dan hulur pada anak dan suruh dia pakai sendiri.

Kalau tanya aku, kulit anak aku ada jangk1tan kul4t ke, ru4m ke, p4rut ke, pasti aku pun tak tahu / perasan. Entah bersih tak jika aku yang jaga kebersihan anak aku.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Suruh masak sedap setiap hari? Entahlah… Tak usah nafi. Lelaki ni tak pandai urus benda rumit sebegini. Perempuan sahaja punya ketelitian dan kesabaran untuk lakukan tugas begitu. Sebab itu lelaki perlukan perempuan dalam hidupnya.

Isteri kem4tian suami, biasanya boleh besarkan anak-anak. Suami kem4tian isteri, jika mampu besarkan anak kecilnya sendirian, itu istimewa. Sangat istimewa. Terutama jika lebih satu anak.

Oleh itu, para isteri kena jaga kesihatan baik-baik. Tak perlu buat sesuatu yang mudaratkan kesihatan. Lagipun, kesihatan keluarga biasanya isteri yang uruskan. Suami tak pernah tahu pun d0s ubat dem4m untuk anak.

Para suami, jika isteri minta tolong cuci pinggan, letak baju kotor dalam bakul, buang sampah di luar, siram mangkuk tandas, maka buatlah dengan hati tenang. Sebab, suatu hari nanti bila kalian terpaksa buat benda tu tanpa disuruh, tak mungkin kau boleh buat dengan hati tenang.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Kita pun akan jadi macam abah tadi jika tak sedia. Maka, bersedialah. Aku, kau, kita, semua lelaki kena bersedia.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Lelaki/Suami/Ayah.

Nota : setiap pes4kit bawa pengajaran hidup buat aku, dan aku akan sentiasa kongsi dengan kalian yang follow. Sama-sama memperingati.

Terima kasih Doktor Kamarul Ariffin atas perkongsian ini. Semoga suami di luar sana dapat mengambil iktibar dengan cerita ini. Bantulah isteri anda di rumah menguruskan tugas harian serta ambil tahu apa sahaja tentang anak-anak anda.

Saling membantu dan menglengkapi antara suami isteri boleh mengharmonikan rumahtangga. Bila isteri tiada, suami boleh ‘lump0h’ dalam menguruskan tugas harian dan juga anak-anak. Wallahulam.

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan by Berita Kopak & Content Media