” Alololo.. sian Anas, Uncle Mark Adam tak nak kawan dengan Anas lah.. “

Video Fattah Anas Menghampiri Mark Adam Tapi Mark Adam Pulak Tak Perasan Mencuit Hati Netizen. Alahai Kesiannya Anas !!

Nama si cilik yang comel, Fattah Anas yang pernah viral menjadi ‘kucing’ di dalam sangkar ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Video keletahnya yang sangat mencuit hati dan sangat menghiburkan sering dikongsikan oleh Papanya, Encik Firdaus melalui akaun Instagram.

Walaupun Fattah Anas atau lebih mesra dengan panggilan Anas ini tidak dilahirkan sebagai anak seorang selebriti, namun popularitinya setanding dengan selebriti-selebriti Malaysia. Wajahnya yang comel, pipinya yang temb4m dan mulutnya yang suka berceloteh membuatkan ramai yang terpikat dengan kecomelannya.

Sehingga kini Anas mempunyai sebanyak 691 ribu pengikut di akaun Instagram yang dikendalikan oleh Papanya, memang bukan satu jumlah yang sedikit yer.

Menerusi akaun Instagram, Papa Anas berkongsi video Anas samasa datang ke rakaman program Ceria Megastar Ministar, anjuran Astro. Untuk pengetahuan Mark Adam merupakan tenaga pengajar yang terlibat dengan program ini.

Dalam video berkenaan, Mark Adam sedang duduk di hadapan pentas sambil menghadap peserta program yang sedang membuat latihan. Pada ketika itu, Anas perlahan-lahan duduk sambil mengesot-esot menghampiri Mark Adam.

Apa yang menariknya, gelagat Anas ketika itu sangat mencuit hati. Lebih-lebih lagi, Mark Adam tidak perasan dengan kahadiran Anas di tepinya. Alahai, serius kelakar dan comel sangat Anas ni.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Uncle @markadam1079 tak nak kawan dengan anas laaa. buuurr.. “

Rata-rata ramai yang terhibur dengan perkongsian video ini. Antara komen-komen mereka :

” Uncle tgh kerja tu anas, anas laa gi tegur uncle mark @fattahanas_boyyeah.. “

” Markadam.. jgn buat halll.. pusing kiri skrg.. kang kami x tgok icanseeyourvoice kang.. hahaha.. “

” Dia so concentrate sampai tak perasan Anas ada sebelah tu… “

” Alahai sian anas. Knp xtegur. Uncle x perasan awak tu syg.. “

” Cian Anas. Mark, you better watch 0ut. Takut fans merajuk semua taknak tengok show kang, haaa baru tau. Mark tak rasa lagi penangan fans Anas Boyyeahhhh. Hehehe.. “

” Alahai.. Comelnya sayang.. Malu² kucing bihun. Hehehe.. “

” Kesian Anas dah pergi mengendeng kat Uncle Mark Adam.. alamak Uncle tak perasanlah pulak… Uncle tengah kerja dan fokus dgn kerja dia tu.. lain kali Adik Anas pergi ke depan dia ya baru dia perasan kehadiran adik ya.. “

” Anas cuba kwn dgn nabil mesti satu kepala dgn anas hahahaha @fattahanas_boyyeah.. “

Namun begitu ada juga yang ambil serius perkara ini dan mar4h pada Mark Adam. Ini komen penjelasan daripada Papa Anas :

Mark Adam juga turut memuatnaik (repost) video ini di akaun Instagram miliknya. Mark meminta maaf dan mengatakan dia tidak perasan kerana fokus buat kerja pada ketika itu.

Uncle tengah kerja Tak Perasan la Anas.. “

Walaupun baru berusia 3 tahun lebih, tetapi Anas berjaya memikat hati ratusan ribu peminatnya dengan gelagatnya yang sangat bersahaja, sponton, kelakar dan mencuit hati.

Kami di Berita Kopak mendoakan Anas membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..