” Allahuakbar.. Sedih melihat anaknya. Masih kecil tak tahu apa-apa.. “

Perkongsian Gambar Di Perkarangan Rumah Arw4h Abam Bocey, Namun Mata Tertumpu Kepada Anak Arw4h, Syed Uthman Hamzah. Wajah Yang Belum Mengerti Erti Sebuah Kehilangan. Sebaknya !!

Hari ini mungkin menjadi tarikh yang bakal mencipta sejarah dan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk peminat kumpulan Bocey. Negara digemparkan dengan berita pemergian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan.

Abam dilahirkan pada 19 Januari 1988 dan merupakan abang kepada pelawak kumpulan Puteh, Ali Puteh. Abam telahpun mendirikan rumahtangga bersama Siti Norhidayah dan memiliki seorang cahayamata bernama Syed Uthman Hamzah.

Bagi pengikut setia Abam pastinya mengetahui sikapnya yang amat mementingkan keluarga terutamanya ibunya Sabariah Arshad. Pernah menceritakan azamnya untuk berbakti kepada ibunya selagi hayat dikandung badan, Abam berjaya mengotakan janjinya itu.

Menerusi akaun Instagram Sinar_my, telah dikongsikan beberapa keping gambar ibu dan anak kepada arw4h Abam. Sayunya melihat kesedihan seorang ibu melihat anak yang dikasihi pergi meningg4lkannya selama-lamanya. Bertambah sayu melihat wajah Hamzah yang belum mengerti kehilangan bapanya itu.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Ibu yang kehilangan anak, dan anak yang kehilangan ayah. Ibu dan anak kepada Allahyarham Abam. Semoga mereka terus kuat hadapi kehilangan Abam.. “

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya..)

Rata-rata netizen sedih dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Sebak pula bila tengok anak arw4h abam .. Masih kecil lagi.. “

” Allahuakbar.. Sedih melihat anak nya.. Masih kecil tak tahu apa-apa.. Nanti dah besar sikit baru terasa kehilangan ayah. Semoga menjadi anak yang soleh.. .. . Al fatihah untuk allahyarham abam.. “

” S4yunya hati tengok anak arwah.. Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh.. Ramai yang sayang kamu duhai anak.. “

” Sedihnyaa baby tak paham apa-apa lagi.. “

” Ya Allah kau kuatkan keluarga nii… Semoga allahyarham abam ditempatkan digolongan orang-orang yang beriman amin.. “

” Allahu.. Sayu hati sangat tengok gambar ni.. Alfatihah untuk abam bocey.. “

Moga Allah berikan kekuatan buat seluruh keluarga arw4h Abam terutamanya ibu dan isterinya Norhidayah dalam mengharungi hari-hari mendatang. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Allah permudahkan segalanya buat keluarga Abam dan moga Hamzah akan menjadi anak yang soleh pengganti ayahnya itu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG sinar_my, IG Abam Bocey by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..