” Allahuakbar ! Penantian 8 tahun akhirnya.. “
Diana Amir K0ngsi Cerita Bawa Anak-Anak Tunaikan Umrah. Dengar Lagu Pun Dah Buatkan Ramai Netizen Menjadi Sebak !! Tak Sangka Ini Sebabnya..
Nurdiyana Amir binti Hashim, atau lebih dikenali sebagai Diana Amir merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Dilahirkan pada 22 Jun 1986 di Birmingham, England dan merupakan anak keempat daripada tujuh adik beradik. Kini, Diana Amir berusia 33 tahun.
Beliau mendapat pendidikan dalam ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Terdahulu, antara drama-drama yang dilakonkan oleh Diana adalah seperti Impian, Impian 2, Adam Maya, Laila Asyikin dan Cinta Ilahi. Menerusi filem pula, Diana pernah membintangi 7 Petala Cinta, 3 Temujanji, Salam Cinta dan Aku Masih Dara.
Diana telah mula berhijab pada tahun 2011 dan pada tahun 26 Oktober 2013, beliau telah sah menjadi isteri kepada Habibbullah. Hasil dari perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu, Khaulah Al Azwar, Khadijah Azzehra, Muhammad Khalid.
Menerusi Instagram, Diana Amir baru-baru ini, telah menunaikan ibadah umrah. Beliau juga turut membawa kedua anak perempuannya iaitu, Khaulah dan Khadijah. Turut dikongsi beliau, untuk kali ini, beliau menunaikan umrah tanpa mahram dan penantian tersebut untuk jejak ke Makkah selama lapan tahun akhirnya tercapai.
Ikuti perkongsian Diana Amir dibawah :
” Allahuakhbar! Penantian 8 tahun akhirnya Diana dpt jejakkan kaki kembali ke rumah Allah, lepas @zuhudholiday bgtau wanita boleh tunaikan umrah tanpa mahram. Ada yg dm Diana bgtau travel agent dia masih taknak bawa dia tanpa mahram, boleh contact @zuhudholiday k?.. “
” Diana bawa Khawlah dan Khadija 2 anak perempuan Diana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah! .. Pergi menunaikan umrah, bersederhanalah. Bukan sekadar bercuti, entah bila kita akan dijemput lagi.. Kita datang sebagai tetamu, hamba Allah yang h1na, mengakui banyak d0sa dan mengharapkan redhaNya.. “
” Diana suka, dalam plane ustaz ada bagi tazkirah, tak perlu tengok movie yang tersedia dalam plane, hari2 dah kita tengok movie. Nak tunaikan umrah, lupakan dan tinggalkan dunia dalam jagaanNya, kembalikan perhatian, masa dan jiwa pada Dia. Sebab tu sebelum pergi kena buat wasiatkan?.. “
” Februari 2020 Diana akan pergi lagi InsyaAllah, kalau nak pergi sama boleh contact @zuhudholiday k.. “
” DianaxZuhudumrahdiary @zuhudholiday . @anis.abu.bakar @nuna_malaysia #NunaPEPPNEXT , Inteam Acoustic version , LabbaikAllah.. “
Rata-rata peminat memberikan komen yang baik kepada Diana Amir. Antara komen-komen tersebut :
” Tahniah dear masyaAllah umrah mabrurah.. “
” Allah.. Huhuh.. terharunyaaa.. suatu hari nanti insyaAllah semoga dapat buat semua ni nanti.. “
” Allahuakbar mashaAllah! Behave nyaaa anak2 akakk.. “
” MasyaAllah @dianaamir Alhamdulillah. Thank you for sharing your inspiring experience.. “
” Mengalir laju air mata tengok video @dianaamir.. Rindu bumi mekkah dn madinah.. Walaupun baru balik 2 minggu lepas tapi rindu yang tak pernah berkurangan.. “
” Kak sy nk pegi baitullah.. Nangis tgok video akk.. How struggle i am in this life.. Oh Allah please guide me.. “
Alhamdulillah.. Seronok tengok Diana Amir dan anak-anak. Anak-anak pun pandai bawa diri. Diana memang seorang ibu yang kuat dan Allah permudahkan ibadah umrahnya di sana. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Diana Amir sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia disamping insan-insan tercinta. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Diana Amir by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..