” Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi.. “

Video Fasha Sandha Buat Kej0tan Umum Jantina Baby Buat Suaminya Aidil Aziz Dan Anak-Anaknya Gembira. Tahniah Fasha. Tak Sabar Nak Tengok Baby 2020 Fasha !!

Sebut sahaja nama Fasha Sandha, pastinya umum akan membayangkan si jelita yang punya aura kecantikannya yang tersendiri. Fasha yang manja dan penyayang ini menjadi kesayangan peminat-peminatnya. Sering dikaitkan dengan g0sip hang4t, namun Fasha seorang yang bijak dan matang dalam menghadapi situasi ini.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan Rizal Ashram pada tahun 2012 namun ikatan perkahwinan ini hanya mampu bertahan 4 tahun sahaja. Mereka sah bercer4i pada 2016 dan membawa haluan masing-masing. Menerusi ikatan ini, Fasha dikurniakan dua orang cahayamata bernama Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Setelah itu, Fasha bertemu jodoh dengan aktor kacak Aidil Aziz. Gandingan mereka dalam drama membawa mereka kepada hubungan yang lebih serius dan akhirnya mereka selamat diijabqabulkan sebagai suami isteri yang sah pada 28 Mac 2019 yang lalu. Fasha yang kini sedang hamil anak pertama mereka kelihatan amat menawan dan bahagia sekali di samping Aidil.

Menerusi akaun Instagram, Fasha Sandha telah berkongsikan satu video rakaman di mana beliau membuat kej0tan kepada suaminya Aidil dan anak-anaknya sejurus sahaja mengetahui keputusan jantina bayi yang dikandungnya itu. Berita gembira itu disambut penuh gembira oleh mereka sekeluarga. Bahagianya tengok Fasha !!

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni , akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat. Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran diawal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat. Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi.Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor.Kehamilan diusia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahan nya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim)3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan Doktor sebab mengelat nak makan ubat. Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah 😭😊 Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi . Fuh lega 😃Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15minggu) , kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah . Syukur tak terhingga..Sehingga hari ni, diatas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah. Video ni kenangan hanya kami ber4, diatas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan Video drpd @reymokhtar 😊 Hari tu Lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka ber3 ni. Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam Keluarga kami.😢. Anak ibu, Cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, Syukur,. Terima kasih Suami tercinta, @vieshantiekhan ,Team Hosp Umra.Terima Kasih ALLAH.Ini adalah #instaikhlas khas drpd sy untuk membantu ibu2 lain,Cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul. Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA. Kredit Lagu : Hari ini by Dayang &Hael 💖#iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata netizen gembira dengan berita ini. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah tahniah babe. Truly happy for you.. “

” Syukur alhamdulillah semoga selamat semuanya..” 

” Semoga fasha terus sihat.. Kuat… Dan baby terus membesar dengan sihat.. Amin… Amin..” 

” Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan Allah segalanya.. Aamiin.. “

”  Tahniah fasha dan suami.. “

”  Alhamdulillah. Im happy for you kak fasha. Suke tengok akak bahagia sekarang.. “

Seronok tengok wajah-wajah kegembiraan Aidil dan anak-anak. Mereka pun sama teruja seperti peminat Fasha tak sabar menunggu kelahiran baby gurl nanti. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fasha dan bayi yang dikandung sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan sehingga selamat bersalin nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..