” Allahuakbar.. MasyaAllah.. Subhanallah.. Ramainya.. “

Suasana Sekitar Solat Jenaz4h Arw4h Abam Bocey Buat Ramai Terharu. Kuasa Allah Balasan Buat Insan Berhati Mulia. Ramai Sayang Padamu Abam !!!

Tanggal 10 Februari 2020 mencipta sejarah pilu buat keluarga dan seluruh peminat Abam Bocey. Pemergiannya mengadap Ilahi membuatkan semua terkej0t dan menitiskan airmata. Apatah lagi apabila melihat wajah anak kecilnya Hamzah yang baru sahaja berusia 8 bulan itu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Beliau juga adalah abang kepada pelawak Ali Puteh. Abam yang dikenali melalui kumpulan Bocey sememangnya disenangi ramai .

Bukan sahaja peminat dan rakan artis malahan juga golongan ilmuan dan pendakwah kerana sikap merendah diri dan suka menolong orang itu. Walaupun banyak kejayaan yang berjaya dicapainya, sikapnya tetap begitu sejak dulu sehingga kini.

Menerusi akaun Instagram, Fad Bocey telah berkongsikan sekeping gambar ketika solat jenaz4h bagi arw4h Abam sedang dilaksanakan di Masjid Gombak Utara. Melihat ramainya yang hadir sehingga penuh segenap ruangan masjid tak ubah seperti solat Jumaat. Allahuakbar !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Mudah dan hebat bahagian kau bam, ramai yang sayangkan kau apetah lagi aku, kalau nak dihurai perasaan ni, terlalu banyak sahabat.. Insyaallah esok aku ziarah kau ye.. Assalammualaikum, Al Fatihah SYED UMAR MOKHTAR.. “

Rata-rata netizen seb4k dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Beliau pergi tersangatlah cantik caranya. Tugas beliau telah selesai. Kembali ke pangkuan yang Maha Menjaga. Beliau seorang yang dikasihi teman-teman dan amat disenangi para ilmuan. Moga Allah kurniakan SYED UMAR MOKHTAR syurga tanpa h1sab. Kami bakal menyusul moga kami juga sebilangan perginya seperti hamba-hamba soleh yang lain. Ameen.. “

” Saya tengok live tadi sampai menitik airmata. Ramai orang sayang dia. Terima kasih sebab pernah menghiburkan hati kami.. “

” Selalu abam buat kita ketawa… Hari ni dia buat kita menang1s… Alfatihah.. “

” Allahu Abammm…. Macam orang solat jumaat.. Ramainya penuh masjid.. Insan mulia.. “

” Allahuakhbar.. MashaAllah.. Subhanallah.. Ramainya.. Semoga r0h arw4h Abam ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan segala d0sa. Aaminn.. “

Kekuasaan Allah menunjukkan betapa ramai yang menyayangi Abam dan asbab kebaikannya sentiasa berbakti kepada ibu dan keluarga serta kawan-kawan. Balasan yang baik untuk orang sebaik Abam. Moga syurga tempatmu wahai penghibur hati.

Kami di Berita Kopak mengucapkan salam takziah sekali lagi buat seisi keluarga Abam, bertabahlah Allah lebih menyayanginya. Semoga arw4h ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fad Bocey, IG Abam Bocey, IG mstaronlineofficial by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..