” Allahu.. Seronok tengok video ni. Touching sangat-sangat.. “
Abby Abadi Kongsi Videonya Bertemu Anaknya, Daiyan Dan Dayana Selepas Pulang Dari Umrah Mengundang Sebak Netizen. MasyaAllah, Kasih Seorang Ibu !!
Muhammad Daiyan Fayyad dan Marissa Dayana Fathia merupakan anak angkat kepada pasangan Abby Abadi dan Jai Ezzany. Daiyan dan Dayana bukanlah pasangan kembar. Mereka seusia namun cuma berbeza beberapa hari sahaja. Abby mengambil mereka sejak dari mereka masih bayi lagi.
Baru-baru ini, Abby dan suami pergi mengerjakan umrah bersama-sama Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Turut serta ialah anak-anak Abby dan Norman iaitu Danish, Dania dan Danisha. Ketiga-tiga anak Norman dan Memey juga turut sama mengerjakan umrah.
Terdahulu, selepas dua hari mereka tiba di Makkah. Abby menerima perkhabaran duka apabila anaknya, baby Danial telah men1nggal dunia. Danial yang dilahirkan pramat4ng hanya mampu bertahan selama 70 hari sahaja. Abby dan suaminya, Jai redha atas pemergian anak mereka.
Menerusi entri terbaru Abby, beliau berkongsi momen-momen indah apabila bertemu anak-anaknya, Daiyan dan Dayana yang ditinggalkan semasa mengerjakan umrah. Daiyan dan Dayana begitu gembira sekali melihat ibu mereka. Dayana pula tidak sabar untuk didukung ibunya.
Tonton video di bawah :
” Alhamdullillah selamat sampai 1230pm tadi.. tp sbb airport sesak, beg pun byk… tunggu begpun dekat 2 jam lebih tadi. Sian @daiyandayana berjanggut tunggu kt Balai Ketibaan. Nipun kita keluar dulu masa ni dgn Dania & Baby Danisha. Masa ni ada 2 beg lagi tak dpt.. “
” Jadi Abah @jaiezzany @danishhakimofficial @danish.edry tunggu lah ye. Kitaorg dah tazabaarr nk pelukkk Daiyan Dayana “
Rata-rata netizen gembira dan terharu melihat saat-saat Abby bertemu Daiyan dan Dayana. Antara komen-komen mereka :
” Suka betul Daiyan jumpa kak Abby.. “
” Alhamdulilah happy Daiyan dan Dayana jumpa mama dan kakak2.. “
” Kak Abby betui2 rindu.. Habis digom0l Daiyan.. “
” Allahu.. Seronok tgk video ni.. Touching sgt2.. “
” Sukanya dorg bleh jumpa mama dah. Gilir2 nak dukong.. “
” Alhamdulilah.. Momen ini yg ditunggu2. Jumpa Daiyan dan Dayana.. “
Alhamdulilah kerana Abby sekeluarga telah selamat tiba ke tanah air. Pastinya sebagai seorang ibu amat merindui anak-anak yang sudah hampir 2 minggu tidak berjumpa. Bukan sahaja Abby, kakak-kakak Daiyan dan Dayana pun merindui adik mereka. Gembira melihat keakraban keluarga ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..