” Allahu… sejuk perut mak budak tu mengandungkan dia. Baik sungguh akhlaknya.. “

Video Seorang Pelajar Mendukung Pelajar Pendidikan Khas Ketika Hujan Lebat Buat Ramai Tersentuh Hati. Allahu.. Sebaknya !!

Sikap tolong menolong dan prihatin sesama kita sangatlah dituntut oleh agama. Sikap yang mulia ini seharusnya diterapkan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil sehinggalah dewasa. Begitu juga, peranan guru-guru di sekolah juga sangat penting bagi mendidik pelajar-pelajar menjadi insan yang berakhlak tinggi.

Baru-baru ini, sebuah video yang berdurasi lebih kurang 8 saat menjadi viral di media sosial. Video ini dikongsikan oleh Saudari MasLika Bt Ramli yang dimuatnaik di Group Facebook Aut1sme Malaysia.

Video berkenaan memaparkan seorang pelajar sedang mendukung seorang rakannya dan mereka berpayungan dalam keadaan hujan yang lebat. Menurut Saudari MasLika, pelajar yang didukung itu adalah anak muridnya yang belajar di pendidikan khas.

Manakala yang mendukung itu pula adalah seorang pelajar kelas perdana. Untuk pengetahuan kedua-dua pelajar itu adalah pelajar perempuan.

Perkongsian ini membuatkan ramai yang rasa sebak dan terharu. Masih ada lagi insan yang berhati mulia seperi adik ini. Walaupun video ini pendek, tapi buat ramai yang terkesan menontonnya.

Baca perkongsian Saudari MasLika di bawah :

” Kejadian sewaktu hujan lebat awal pg td, yg didukung itu murid sy, murid pendidikan khas… tp yg mendukung tu murid kelas perdana…

” Sy berkongsi video ini kerana sy mahu ibu bapa yg memiliki anak berkeperluan khas yakin dan percaya bahawa masih ramai insan yg prihatin pd anak2 tuan puan… “

” Sesungguhnya mereka adalah anugerah Allah utk kita semua… menyantuni mereka dalam apa jua cara…

” Maaf tuan puan… murid berdua ini adalah pelajar perempuan… “

Rata-rata ramai netizen yang tersentuh hati dengan kebaikan dan keprihatinan pelajar yang mendukung rakannya itu. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah… Sangat terpuji apa yg dibuat oleh adik ini.. “

” Alhamdulillah, bagus didikan ibuayah anak ni…moga d rahmati Allah sentiasa… Aamiin.. “

” Semoga budak tu dilapangkan urusannya oleh Allah… bagus.. “

” Mulia sgt hatimu dan pastinua didikan dr ibu bapa nya.. smoga drahmati Allah sentiasa.. “

” Cikgu ni patut panggil parents bdk yg dukung tu n ucap tahniah sbb ada anak yg sebaik tu.. “‘

” Allahu… sejuk perut mak bdk tu mengandungkn dia.. baik sungguh akhlak nya.. “

” Allahuakhbar .. moga di permudahkan urusan mereka berdua .. bagusnya anak yg mendukung tu … her parents should be proud of her .. Allahu .. tersentuh hati sy.. “

” Mulia betul anak didik cikgu…. tahniah penjaga yg punyai anak dgn moral yg tinggi.. ini yg patut dititikberatkan pd murid… utk lebih matang dlm hadapi dugaan dan rintangan… “

Alhamdulillah masih ada lagi insan yang berhati mulia, walaupun masih belum dewasa tetapi mempunyai hati yang baik dan sikap yang sangat prihatin. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikanmu, adik.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kedua-dua adik ini, semoga berjaya di dunia dan akhirat. Sama-sama kita doakan..

Sila tonton video penuh di bawah :

Contoh yang baik seperti ini kita ambil sebagai pengajaran dan juga pelajaran untuk kita. Semoga lebih ramai lagi anak-anak yang berhati mulia seperti ini.

Silakan SHARE..

Sumber : FB MasLika Bt Ramli by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..