” Allah.. Sed1h, s4yu tengok baby Hamzah tidur atas pangkuan Achey. Lagi sedih bila Fad komen macam ni.. “

Komen Fad Bocey Untuk Si Kecil, Syed Uthman Hamzah Buat Netizen Sayu. Allahu Sebaknya !!

Tiada kata dapat diungkapkan apabila perkhabaran duk4 diumumkan oleh Ali Puteh pada awal pagi 10 Februari. Kembalinya abangnya pelawak hebat, Abam Bocey atau Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan ke rahmatullah benar-benar meruntun hati.

Umpama hilang separuh nyaw4 begitulah layaknya digambarkan hati dan perasaan dua sahabat karib Abam iaitu Fad dan Achey. Segala susah senang diharungi bersama, dikala jat0h mahupun bangun mereka tetap utuh bersama tanpa goyah.

Kepiluan Fad apabila tidak dapat menyaksikan jenaz4h Abam buat kali terakhir meningg4lkan kesan di hati peminat. Apatah lagi melihat kelibat Achey yang dari awal sehingga Abam selamat dikebumikan penuh raut pilu diwajahnya.

Eratnya ikatan persahabatan mereka. Abam disahkan men1ngg4l dunia ketika di dalam tidur. Meningg4lkan seorang balu dan cahayamata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah, mata netizen tidak henti berkaca dengan airmata melihat telatah Hamzah yang belum memahami apa terjadi.

Menerusi akaun Instagram, Achey telah berkongsikan sekeping gambarnya yang sedang meriba anak arw4h Abam, Syed Uthman Hamzah yang lena tidur. Kesedihan di wajah Achey dan renungan matanya terhadap Hamzah membuatkan netizen sayu.

Jom baca kapsyen di bawah :

” SIKASIH….. Apa itu??… Cari di YouTube apa @abam_bocik tinggalkan untuk kita… Please dengarkan naikkan view dan hasilnya untuk tanggungjawap yang dia tinggalkan… Iringi lah dengan doa anda untuknya… #bocey #gemokisawesome.. “

Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Allah… Sedih, sayu tengok baby hamzah tido atas pangkuan @acheykintangkintung … Lagi sedih bila fad komen macam ni.. “

” Berilah kasih sayang seorang ayah kepada anak kecil ini…Ya Allah… Sedihnya.. “

” Korang memang sahabat dunia akhirat.. “

” Allahuakbar tersentuh hati dengan keakraban persahabatan kalian.. “

” Sedihnya.. Al fatihah jagalah dan kasih macam anak sendiri achey.. “

” Lagu tu seolah dia tahu macam dia dia dah nak pergi.. Tinggal kan dunia.. “

” Si comel yang tak mengetahui apa-apa.. Allahuakbar.. “

Namun tumpuan diberi pada komen yang dil0ntarkan oleh Fad. Semakin berkaca semua mata netizen :

Bait lagu yang menyentap hati seolah tahu umurnya tidak panjang. Namun Allah memberi peluang untuk Abam merasai menjadi seorang ayah walaupun seketika cuma. Moga Fad dan Achey mampu memberi secebis kasih sayang buat Hamzah yang pasti mendambakan kasih seorang ayah.

Kami di Berita Kopak mengucapkan takziah dan moga arw4h ditempatkan di kalangan orang beriman. Sesungguhnya dikau tiada penggantinya Abam. Namamu akan kekal dan mekar di hati. Moga syurga tempatmu Abam. Aamin..

Tontonan lagu Sikasih dendangan Abam di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey Bocey, IG Abam Bocey, Youtube Futuremusic Entertainment by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..