” Alif, saya kalau dapat kipas tangan pun dah bersyukur sangat dah bang.. “

” Masa dia cakap tu, kawan dia yang duduk sebelah menangis.. ” – Alif Satar Menangis Kongsi Pengalaman Bersama Banduan Akhir. Allahu Sebaknya, Pengalaman Yang Menginsafkan !!

Nama selebriti yang berbakat besar, Alif Satar tidak perlu diperkenalkan lagi. Alif bukan sahaja berbakat besar dalam bidang nyanyian dan pengacaraan, malah Aliff juga turut hebat dalam bidang lakonan. Banyak drama lakonannya mendapat tempat di hati penonton.

Alif atau pemilik nama seebenar Muhammad Alif bin Mohd Satar mula dikenali ramai selepas berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti TV One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.

Untuk pengetahuan, Alif berkahwin dengan pengurusnya sendiri iaitu Sha Dila pada bulan September tahun 2014. Hasil perkahwinan ini, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang bernama Alisha Anugerah, 4 tahun dan Ariana Mecca, 2 tahun.

Kini isteri Alif sedang mengandung anak yang keempat dan dijangka akan bersalin pada bulan Oktober nanti.

Menerusi akaun Instagram, Alif berkongsi video pengalamannya mengikuti Majlis Iftar Sahabat Tirai Besi Bersama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di Penjara Sungai Buloh pada bulan Ramadhan yang lalu.

Alif sangat bertuah kerana diberi peluang dan terpilih bertemu empat mata dan berkongsi cerita dengan banduan jenay4h berprofil tinggi. Alif juga berkesempatan menunaikan solat Tarawih bersama banduan yang diimamkan oleh anak pelakon Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim.

Dalam video itu juga, Alif sangat sebak menceritakan pengalaman berharganya itu. Alif tidak dapat menahan air matanya daripada terus mengalir di pipi.

Baca perkongsian Alif dan tonton video di bawah :

” Assalamualaikum my dear friends and family… i’ve posted a new video on my channel this morning, Alif tau ramai yang bertanya bila video ni nak keluar. “

” Jadi Alif nak share sedikit pengalaman dengan korang.. “

” Semoga kita dapat manfaat daripada semua ini.. insyaAllah. youtube channel link is on my bio.. PENGALAMAN MENGINSAFKAN.. “

” PENGALAMAN MENGINSAFKAN… the full video, on my youtube channel. link on my bio… p/s siapa yang dah tengok please share your comments.. “

Rata-rata peminat sebak dengan perkongsian Alif. Antara komen-komen peminat :

” Mereka ada masa untuk bertaubat kerana mereka tahu bila mereka akan pergi. tp kita.. jgn terlalu leka akan kesalahan sendiri sehinga lupa bertaubat. sangat meruntun jiwa.. “

” Aku dah tengok vlog bang Alif kat YouTube sedih sangat sampai aku nangis .. mksh bang Alif.. selepas tengok vlog macam ada rasa bertambah smngt dan dah ingtkan kita org agar tetap senantiasa jdi hamba Allah yg sllu bersyukur.. “

” Bila tgok banduan akhir hnya Allah saja yg tau betapa sedihnya hati ini… wlaupun x mengenali tp disaat kluarga dtg melawat nmpk tenang tp kita tidak tahu apa yg tersirat didlm hati mereka… kebnyakkan dtg dr kluarga yg baik2.. tp tersalah langkah.. hnya doa utk mereka semoga Allah ampuni segala dosa.. Amin.. “

” Dah tengok… I’m crying hard while watching it.. “

” Betul betul menginsafkan kita yg berada di dunia luar. Moga mereka semua akan mendapat hidayah dan pengampunan dari Allah.. “‘

” Yg paling deep bila banduan cakap ‘ dapat kipas tangan pun dah bersyukur sgt ‘ .. Allahu.. “

” Tdi bru tgk full kat YouTube.. Pagi2 lagi nangis.. Part yg paling deep bila sorang banduan tu ckp die dpt kipas tgn pun kira dh bersyukur.. Kwn yg sorg lgi nangis.. Allahu , ye mmg btol abg aliff ckp.. Kita rsa kita tidak pernah bersyukur…. Walhal org lagi susah.. “

” Sebenarnya kita semua ni banduan akhir. kita bebas kt luar ni x sedar bila giliran tiba.. x mau nak insaf n bertaubat…. sedangkan mereka menghitung hari menunggu giliran… mereka sedar… insaf … bertaubat n bersungguh2 beramal.. moga2 Allah kurniakan kita semua tu walaupun di mana kita berada.. “

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Siapa kita untuk menentukan syurga nerak4 setiap orang. Hanya Allah sahaja yang boleh menilai mereka. Mungkin pengakhiran mereka lebih baik daripada kita semua.

Terima kasih Alif atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Sama-sama kita berdoa untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini.

Untuk menonton video penuh, boleh lah menonton video di bawah :

Silakan SHARE…

Sumber : IG & Youtube Alif Satar by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..