” Alhamdulillah terima kasih kepada yang mendoakan.. ” – Haziq Nadzli

Suami Eyra Hazali, Haziq Nadzli Khabarkan Berita Gembira Buat Peminat Mereka. Yeayyy Akhirnya Baby H Selamat Dilahirkan. Wah Wah Singkatan Nama Tu Macam Best Je. Tahniah Eyra Dan Haziq !! 

Pelakon muda Eyra Hazali bukan nama asing dalam dunia lakonan. Gadis cantik manis ini sudah lama menceburi bidang lakonan sejak kecil lagi. Manakan tidak ayah Eyra sendiri adalah pengarah drama. Nama Eyra mula dikenali setelah menjayakan drama Mr Grey.

Eyra memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan mengahwini jejaka bernama Muhammad Haziq Nadzli. Haziq merupakan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim ( JDT ). Mengikat tali pertunangan pada 1 Disember 2018, mereka sah menjadi pasangan suami isteri 1 November 2019 yang lalu.

Menikah di kala usianya baru menginjak 20 tahun, Eyra dikatakan masih muda untuk bergelar isteri. Namun umur bukanlah penghalang kebahagiaan mereka. Eyra disahkan hamil anak pertama setelah beberapa bulan usia perkahwinan mereka ini.

Meninjau akaun Instagram Story milik Haziq Nadzli, telah dikongsikan sekeping gambar bersama satu ucapan istimewa buat semua peminat. Eyra yang sejak semalam dimasukkan ke h0spital selamat melahirkan zuriat pertama mereka.

Jom baca perkongsian di bawah :

Alhamdulillah penantian mereka selama 9 bulan 10 hari berakh1r sudah. Kelahiran baby H yang sememangnya dinanti-nantikan Haziq dan Eyra. Allah kurniakan satu lagi rezeki buat mereka bergelar ibu dan ayah di usia yang masih muda.

Pastinya berita ini menggembirakan peminat yang mengikuti perkembangan Eyra. Haziq turut sama menulis singkatan perkataan bagi nama bayi mereka iaitu MHQ. Agaknya apalah nama yang dipilih untuk bayi ini, mesti peminat tidak sabar untuk melihat wajah permata hati Eyra ini.

Apa pun, tahniah diucapkan sekali lagi buat Eyra dan Haziq. Selamat menempuh alam baru bersama baby H. Pasti pengalaman baru yang menyeronokkan bakal terjadi. Semoga baby H sentiasa dilindungi Allah dan membesar dengan sihat. Buat Eyra selamat berpant4ng dan take care !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muhammad Haziq bin Nadzli, IG Eyra Hazali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..