” Alhamdulillah syukur, tahniah buat Dayah dan Mamat.. ” – Netizen
Bekas Pengasuh Siti Aafiyah, Dayah Zubit Selamat Melahirkan Cahayamata Sulung. Wah Tahniah Dayah Dan Suami, Mesti Comel Ni. Aafiyah Pun Mesti Suka !!
Nama Dayah Zubit amat sinonim dengan anak penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah. Beberapa tahun bergelar pengasuh khas kepada Aafiyah, Dayah mendirikan rumahtangga bersama seorang pemain bola sepak negeri Terengganu bernama Ridzuan Razali.
Minggu lalu, netizen dikej0tkan dengan berita Dayah terjat0h daripada motosikal. Dengan keadaan dirinya yang sarat hamil dan menunggu hari untuk bersalin, Dayah mengalami keceder4an namun kandungannya selamat.
Terkini di akaun Instagram Ridzuan, telah dikongsikan berita kelahiran cahayamata mereka dan sekeping gambar Ridzuan bersama bayi. Tanggal 7 Februari 2022, tepat jam 2.41 pagi lahirlah anak yang dinanti-nantikan ini.
Ridzuan mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi dan turut tag nama Dayah di kapsyennya itu. Wah Dayah sudah rasminya bergelar ibu sekarang. Tentu bayinya comel seperti Dayah dan suami. Setakat ini, baik Ridzuan mahupun Dayah belum memberitahu jantina bayi tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Ridzuan ini mendapat perhatian daripada netizen dan ucapan tahniah dititipkan atas kelahiran bayi mereka ini. Antara komen-komen :
” Masya Allah, tabarakallah adikku Ridzuan dan Dayah. Tahniah adik adik ku. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.. “
” Alhamdulillah syukur, tahniah buat Dayah dan Mamat. Selamat berpantang Dayah, sukanya dah dapat baby.. “
” Alhamdulilah, Tahniah buat idola saya ridzuan dan isterinya dayah zubit atas kelahiran anak pertama, semoga menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayahnya. teruja rasa tengok.. “
” Alhamdulillah, tahniah Dayah dan mamat di atas kelahiran cahayamata pertama. Selamat berpant4ng, dah bergelar ibu dan ayah.. “
” Syukur alhamdulillah, tahniah bosku. Anugerah terindah pemberianNya buat bosku sekeluarga. Selamat berpant4ng Dayah.. “
” Masya Allah, alhamdulillah.. syukur.. semua dipermudahkan.. congratulations both of you. Dah jadi bapa dan ibu sekarang. makin meriahlah.. “
” Alhamdulillah ya Allah, selamat menjadi bapa untuk amanah kecil dari Allah ini ya. Selamat berpantang dayah dan moga baby sihat selalu.. “
Bermulalah fasa baru dalam kehidupan Dayah dan Ridzuan. Semoga kelahiran si kecil ini menambahkan lagi rasa kasih dan bahagia dalam rumahtangga pasangan ini. Selamat berpant4ng Dayah dan jaga diri selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG are9ridzuan, IG Dayah Zubit
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..