” Alhamdulillah sihat dan segak lagi orang tua ni.. ” – Joy Revfa
Pengasas Kosmetik, Joy Revfa Kongsi Gambar Bersama Bekas Suaminya. Kapsyen Tu Mencuit Hati Betul. Tua – Tua Pun Kacak Lagi !!
Nama pengasas kosmetik ini ramai yang mengenalinya. Berkulit putih gebu, Joy Revfa sudahpun bergelar tunangan orang. Untuk pengetahuan Joy telah bertunang dengan rakan kongsi perniagaannya pada bulan Mac lalu. Joy juga ada berkongsikan gambar pertunangannya ini di akaun Instagram miliknya namun ditutup rupa tunangnya itu.
Dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat karibnya, antara yang hadir pada ketika itu adalah Heliza Helmi, Mawar Karim dan Lufya. Menurut laporan Berita Harian, tunangnya ini seorang jurulatih kecergasan dan mempunyai perniagaan sendiri.
Joy sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali termasuk perkahwinannya dengan penyanyi nasyid Hafiz Hamidun. Perkahwinan pertama memberi Joy seorang anak lelaki diberi nama Arryan Firdaus. Dah ada anak pun nampak macam anak dara Joy ni, cantik sangat.
Menerusi akaun Instagram, Joy Revfa telah berkongsikan wajah bekas suami pertamanya dulu, Dato’ Ray. Ayah kepada Arryan ini nampak masih gagah bertenaga dan awet muda. Dua-dua nampak macam awal 30an je umurnya. Hands0me cantik berseri !
Jom baca perkongsian di bawah :
Kapsyen Joy itu menghiburkan peminatnya. Amboi sempat lagi mengata tu, comel sangat mama Arryan ni. Antara komen-komen :
” Caption lucu. Aamiin, semoga mama arryan pun berjaya dunia akhirat dan berbahagia selalu.. “
” Nampak sebaya la pulak tapi picture lain nampak joy muda.. “
” Jah4ttt sis pggl dia org tua. Mengekek sy gelak ni. moga dIpermudahkan urusan uolls bdua amin.. “
” Aduduhh mengekek bacaa caption, orang tua.. “
Dah berusia pun mantain kacak dan segak bergaya lagi ayah Arryan ni. Patutlah Arryan comel ada ikut rupa ayahnya. Apa pun, semoga Joy gembira selalu bersama keluarga tersayang, dipermudahkan segala urusan menuju hari bahagianya bersama tunang tersayang. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Joy Revfa, Portal Berita Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..