” Alhamdulillah seronok Ainul dapat meniarap, grab mainan.. “

Ibu Adik Ainul Mardhiah Kongsi Perkembangan Terbaru Dan Positif Adik Ainul Buat Ramai Yang Terharu !!

Rata-rata ramai rakyat Malaysia yang mengetahui dan mengikuti kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap k4nser ‘Germ Cell Tum0r’. Ainul Mardhiah yang berusia sembilah bulan merupakan anak pasangan Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani.

Pada awal bulan Jun yang lalu, setelah lebih 5 jam bertarung nyaw4 dalam bilik pembed4han di sebuah hospital di London, Alhamdulillah adik Ainul telah selamat dibed4h. Tum0r seberat 200 gram telah berjaya dibuang.

Perkara ini telah dikongsikan oleh doktor bed4h Malaysia, Dr. Amalina Bakri yang turut sama terlibat dengan pembed4han itu. menerusi akaun Instagram miliknya.

Sejurus selepas pembed4han, ramai yang ingin mengetahui maklumat dan progres terkini mengenai adik Ainul. Menerusi akaun Instagram, ibu adik Ainul iaitu Nurul Erwani berkongsi beberapa gambar dan video Adik Ainul.

Yang terbaru, menurut perkongsian Nurul Erwani di Instagram, Ainul kini sudah belajar meniarap dan mencapai sesuatu. Tambah ibu Ainul lagi, doktor sangat gembira dengan perkembangan positif adik Ainul yang bijak dan cepat belajar apa yang diajar oleh doktor.

Baca perkongsian ibu Ainul di bawah :

” Assalamualaikum semua. Lama mama tak masukkan gambar Ainul Mardhiah kan. Maaf sebab mama kena fokus lebih dekat Ainul minggu ni sebab Dr dah ajar mama macam mana nak ajar Ainul meniarap.. “

” Alhamdulillah seronok Ainul dapat meniarap, grab mainan. Dr bagi mainan macam macam, ada lampu lampu. Dr sangat happy dengan Ainul sebab Ainul cerdik, cepat sangat belajar apa yang Dr suruh buat.. “

” Tersenyum simpul Ainul dapat main dgn Dr hari ni. Dr dekat sini pun sangat positif, bagi pujian dekat Ainul. Nanti mama buat video ya tunjuk Ainul meniarap.. “

” Sekarang Ainul tengah tidur baru lepas belajar meniarap, dah penat terus tidur. Have a good day semua.. “

Rata-rata netizen tumpang gembira dengan perkembangan positif adik Ainul. Antara komen-komen netizen :

” Alhamduillah.. nak tengok video Ainul meniarap .. sayang ainul.. “

” Yeay.. cerita ainul dah update.. tiap2 Hari tunggu cerita ainul.. “

” Alhamdulillah syg. Semoga Allah memberi kesihatan sempurna dekat ainul. buah hati rakyat malaysia ni. amin.. “

” Ni esok dah pandai jalan… Mmg las4k anak solehah ni.. “

” Assalamualaikum anak solehah. semoga kuat ya syg. Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya. amin amin.. “

” Asalamualaikum si manis, rindu nk tgk gelagat kamu.. moga cepat sihat ye.. “

” Rindunya ….tq mama Ainul kongsi cerita baby Ainul dah mula pandai meniarap.. “

” Alhamdulillah.. moga terus membesar sihat dan cerdas sayang.. muah Ainul.. “

Di sini kami di Berita Kopak akan kongsikan beberapa video dan gambar terbaru adik Ainul yang dikongsikan oleh ibunya di Instagram :

” Assalamualaikum semua. Semoga semua sihat sihat selalu. Alhamdulillah Ainul sihat di sini. Doakan Ainul sihat sentiasa ya.. ” (Klik butang kanan > untuk tonton video)

” Ainul gembira dapat berdiri hari ini. Lepas seronok main dengan mama dan walid, Ainul tidur. Anak mama memang cerdik.. “

” ‘Comel tak saya hari ni. Terima kasih nurse pakaikan saya baju yang cantik cantik di sini dan bagi saya kawan teddy bear ‘ – Ainul Mardhiah ”

Alhamdulillah, satu perkongsian yang menggembirakan rakyat Malaysia yang tidak put0s-put0s mendoakan untuk Adik Ainul. Terima kasih rakyat Malaysia !!

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Adik Ainul diberi kesihatan yang baik, membesar seperti anak-anak yang lain, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat. Sama-sama kita doakan. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Erwani, Dr Amalina Bakri by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..