” Alhamdulillah semua, isteri saya sudah selamat bersalin petang tadi.. “

Dato’ Aliff Syukri Umum Isterinya, Datin Shahida Sudah Selamat Melahirkan Anak. Tahniah.. Yusoff Al-Qardawi Dah Jadi Abang !!

Pengasas kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri bukan satu nama asing. Membina empayar perniagaannya bersama isteri tercinta, Datin Shahida Rashid, nama D’Herbs sememangnya terkenal hingga ke Indonesia dan Brunei. Pasangan romantis ini mula berkenalan setelah bersama-sama menjayakan iklan syampu pada suatu masa dahulu.

Bermula dari situ, bibit kemesraan mereka berlanjutan hingga membawa ke jinjang pelamin. Mereka melangsungkan perkahwinan ketika usia masih muda di awal 20-an namun itu bukan halangan untuk mereka bahagia dan berjaya di dalam hidup. Hasil perkahwinan ini, mereka sudahpun dikurniakan 4 orang cahayamata.

Baharu sahaja beberapa jam yang lalu, Dato’ Aliff Syukri memuatnaik ucapan maaf buat isterinya Datin Shahida yang menunggu saat untuk bersalin. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Datin Shahida apabila beliau selamat melahirkan petang tadi.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff telah mengemaskini perkembangan terbaru isterinya Datin Shahida yang telahpun selamat melahirkan cahayamata mereka yang kelima. Nampaknya si cilik Yusoff Al Qardawi sudah jadi abang lah yer. Alahai tak sabar nak tengok reaksi abang Yusoff jumpa baby baru.

Jom baca perkongsian Dato’ Aliff di bawah :

” Terima kasih Datim Dr @suesalleh1970 .. Doktor yang bantu rawat dan bantu wife saya sepanjang proses mengandung dan juga bersalin tadi… Alhamdulillah semua selamat bersalin petang tadi……..” 

” Wife saya paling suka Dr @suesalleh1970 ni… Ajak bersalin dekat-dekat area rumah tak nak dia sebab nak juga dengan Doktor ni… Doktor ni sambut yusof dan juga baby yang baru lahir tadi… Terima kasih mudahan Doktor sihat selalu.. “

Datin Shahida turut berkongsi berita gembira ini di ruangan IG Story :

Rata-rata netizen turut gembira dengan berita gembira ini. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah tahniah Dato Datin.. “

” Alhamdulillah syukur… “

” Mesti baby gegirl geng kawan khadijah and amena.. Tahniah dato n datin… Syukur alhamdulillah selamat ibu dan baby bongsu terlajaklaris huuuuuhhhhhh.. “

” Tahniah dan selamat berpantang Datin.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah dato n datin @shahidadherbs. Selamat berp4ntang datin.. “

Sesungguhnya kehadiran haruman syurga ini benar-benar dinantikan oleh seluruh seisi keluarga dan juga para peminat. Beruntung Datin dapat bersalin dengan mudah dan senang sekali. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahayamata baru dan selamat berpantang buat Datin Shahida.

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..