” Alhamdulillah. Selesai majlis pertunangan. Dah lama kami menanti.. “

Doakan dipermudahkan semua. Maaf kalau netizen tak selesa kami duk rapat.. “ – PU Azman

Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media sosial melalui pendekatan dakwah santai berjaya menarik perhatian golongan muda.

PU Azman rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan jenakanya yang tersediri. Jawapannya itu buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, isinya sampai ke hati.

Cara PU Azman berdakwah yang bersahaja itu membuatkan PU Azman sangat dekat dengan hati orang ramai lebih-lebih lagi anak muda masa kini. Malah Pu Azman banyak menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh netizen berkenaan dengan isu agama di laman Instagram miliknya.

Menerusi akaun Instagram, PU Azman berkongsi gambarnya yang duduk di atas pelamin bersama dengan seorang wanita semasa majlis pertunangan. Gambar ini membuatkan ramai yang terkej0t kerana PU Azman bergambar sangat rapat dengan wanita berkenaan.

Tapi setelah membaca status entri yang dimuatnaik itu, ramai yang menarik nafas lega. Alahai PU Azman ni ada saja idea nak perkenakan orang. Tak pernah tak kelakar tau. Selamat baca sampai habis. Itulah pentingnya budaya membaca.

Ustaz ni saja je nak bagi netizen membawang kan. Hahaha. Jom baca perkongsian beliau di bawah :

” Alhamdulillah. Selesai majlis pertunangan. Dah lama kami menanti. Doakan dipermudahkan semua. Maaf kalau netizen tak selesa kami duk rapat.. “

” Doakan pertunangan anak buah saya kekal sampai ke jinjang pelamin. Tahniah Kak Ngah. Paksu doakan Kak Ngah sentiasa bahagia bersama pasangan.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gurau PU Azman. Malah pada mulanya buat ramai yang terkej0t. Antara komen-komen netizen :

” Ahhhahaa.. PU Azman ni kalau bab menyakat.. tererrrr ekkk.. “‘

” Berdebor saya tengok gambar ni. Ingat Ustaz Azman punya majlis. Halamakkk.. “

” Mula mula terbeliak mata aku baca caption dia ni . Last skali tetiba aku hembus nafas rasa lega . Tak tahu kenapa rasa lega sangat hahahahahahaha.. “

” Anak buah dah bertunang..Pak Su nie bilo ??? Jgn tunggu lamo2.. “

” Saya ingat ustaz yg bertunang.. tadi.. lain kali baca biar habiss.. “

” Ni mengajak netizen membaca la ni. jangan baca sekerat2.. “

” Dalam hati nak cakap boleh tahan jugak ustaz nie tapi hati ni tetap bersangka baik …. tup tup kena sc4m semua.. “‘

” Baru nk cakap eh ostat. Knp tunang dok dekat.. Nasib la rajin membace.. “‘

” Ustazz ustazz.. baru nk seru geng2 bawang dlm post ustaz ni.. “

Kalau bab pekenakan orang dan buat kelakar serah saja pada PU Azman. Ada sahaja idea dia nak bagi orang gelak dan ketawa. Tak pernah tak kelakar.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ustaz dikurniakan kesihatan yang baik dan dipercepatkan jodoh bertemu dengan isteir yang solehah yang boleh membahagiakan Ustaz di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..