” Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami.. ” – Izham Tarmizi

Izham Tarmizi Kongsi Berita Gembira Isterinya, Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua. Wahhh Issa Dah Jadi Abang. Tahniah Mia Dan Izham !!

Pelakon cantik ayu, Mia Ahmad antara pelakon yang disenangi ramai. Sebelum ini Mia berkongai gambarnya yang sedang sarat mengandung anak keduanya, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim atau JDT, Izham Tarmizi sudahpun mempunyai seorang anak lelaki bernama Sayf Issa.

Baru sahaja beberapa hari lalu dikongsikan majlis Baby Shower yang dianjurkan oleh rakan-rakan sepasukan Izham istimewa untuk menyambut bayi kedua mereka ini. Sambutan yang meriah bersama rakan-rakan mereka itu menceriakan Mia dan Izham.

Melalui perkongsian Mia dan Izham beberapa jam yang lalu memaparkan Mia yang sudahpun berada di hospital menanti untuk kelahiran bayi keduanya ini. Peminat yang teruja menunggu berita selamatnya Mia bersalin akhirnya dapat menarik nafas lega apabila Izham berkongsikan berita kelahiran itu. Alhamdulillah !

Menerusi akaun Instagram mia.sayang, telah dikongsikan satu kapsyen daripada suami Mia, Izham Tarmizi tentang kelahiran anak keduanya. Izham yang mengucap kesyukuran atas kurniaan Allah ini turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan Mia.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian dari Izham di Instagram story nya :

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen :

” Alhamdulilah tahniah mia Dan suami.. “

” Alhamdulillah tahniah.. “

” Alhamdulilah syukur Aaminn Tahniah buat sweetheart mia ahm4d Dan izham tarmizi Dan Abang issa. Tak sabaq nak tengok baby baru ni admin. syukur selalu.. “

” Alhamdulillah. Congratulations to both of you.. “

” Alhamdulillah tahniah mia dan izham… dpt baby girl…. selamat berpatang mia.. “

” Tahniah kak mia n husbands.. tak sbr nk tngk adikk issa.. “

” Alhamdulillah, tahniah Mia n husband.. “

” Tahniah mia…. selamat berpantang… “

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan bersalin untuk Mia. Pastinya peminat Mia sudah tidak sabar lagi untuk melihat bayi keduanya ini. Lelaki atau perempuan sama-sama kita nantikan. Untuk Mia dan Izham, tahniah atas kelahiran bayi kedua dan selamat berpantang buat Mia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mia.sayang

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..