” Alhamdulillah.. dulu datang dengan tunang, sekarang datang sebagai suami isteri.. “

Fattah Amin Kongsi Gambar Menunaikan Umrah Bersama Isterinya, Nur Fazura. Alahai Manis Sungguh Pasangan Ini !!

Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, merupakan pasangan suami isteri yang sangat sensasi di dunia seni tanah air Malaysia. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November tahun 2017. Pasangan ini sering mendapat perhatian ramai dan dikatakan pasangan yang sama cantik, sama padan.

Krolon0gi kisah cinta pasangan ini bermula apabila mereka berdua membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama Fattzura. Kehadiran Fattah pada acara pertunjukkan fesyen House Of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga mawar 500 kuntum, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya sedang hang4t bercinta.

Ketika mengerjakan umrah bersama dahulu pada 15 hingga 23 November 2017, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul. Ada yang menyatakan pasangan ini sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah. Walau bagaimanapun, Fattah Amin telah mengumumkan bahawa mereka sudah bertunang pada 13 November 2017 sebelum mereka berdua berangkat ke Makkah.

Menerusi Instagram, Fattah Amin telah berkongsi gambar beliau bersama isterinya, Nur Fazura ketika berada di Yanah Suci Makkah. Pasangan ini sekarang sedang menunaikan ibadah umrah. Pasangan yang segak berpakaian jubah mengambil gambar sebagai kenangan mereka sepanjang berada di tanah suci.

Ikuti perkongsian Fattah Amin di bawah :

” Where ever you are, our prayers and thoughts will always be with you. InshaAllah.. “

Rata-rata peminat mendoakan pasangan ini dipermudahkan urusan di sana. Antara komen-komen tersebut :

” Seronoknya dapat ke sana.. semoga semua urusan dipermudahkan.. “

” Semoga umrah nya diterima Dan diangkat oleh Allah… Amin.. “

” ALHAMDULILLAH.. dulu dtg dgn tunang sekarang dtg sebagai suami isteri.. semoga segala yg didoakan dimakbul tuhan.. “

” Alhamdulillah this time as husband and wife. Semoga mendapat umrah yang mabrur inshaAllah.. “

” Alhamdulillah. Semoga Allah kabulkan segala doa yg fattah dan fazura pohon aaminn.. “

” Jadi ingin kesana lgi.. alhamdulillah.. “

Cantiknya Fazura.. Manis sangat muka. Fattah pun kelihatan sangat kacak dengan berpakaian jubah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga segala urusan Fattah dan Fazura di tanah suci Makkah dipermudahkan dalam mengerjakan ibadah umrah. Semoga mendaoat umrah yang mabrur. Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fattah Amin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..