” Alhamdulillah dan tahniah, rasa macam mimpi je legend dah nikah.. “

Zamani Slam Sudah Bernikah Bersama Pasangannya Juliana Abdul Rani. Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Syurga. Alahai, Sebaknya Tengok !!!

Zamani bin Ibrahim atau juga dikenali sebagai Zamani Slam ialah seorang penyanyi lelaki popular Malaysia yang mula mencipta nama menerusi kumpulan pop terkenal 1990an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999. Bakat nyanyian dan kemerduan suaranya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Beliau yang kemudiannya melancarkan karier muzik secara solo pada tahun 2002 kini bergelar antara penyanyi pop lelaki yang malar segar di Malaysia.Kekuatan vokal beliau dapat memuk4u ramai peminat sehingga beliau ditempatkan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.

Menerusi entri terbaru yang dimuat naik oleh Zamani di laman Instagram miliknya, beberapa keping gambar telah dikongsikan. Gambar tersebut adalah gambar di majlis pernikahan beliau dengan seorang wanita yang bernama Nur Juliana Abdul Rani malam tadi  bersamaan 20 September 2019 bertempat di Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam kapsyennya tertulis, beliau sangat bersyukur kerana sudah seleasi majlis pernikahannya. Dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan men0long bagi menjayakan Majlis Pernikahan tersebut serta mendoakan kesihatan dirinya.

Beliau juga memohon maaf sekiranya ada menggur1s perasaan mana-mana pihak dalam menjayakan majlis pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga. Tambahnya lagi, majlis resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diumumkan oleh beliau kelak.

Ini adalah posting yang dimuat naik oleh Zamnai di laman Instagram miliknya.

” Syukur Alhamdulillah. Dengan Izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah Majlis Pernikahan saya & isteri, Nur Juliana hari ini 20 September 2019.. “

” Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kpd semua pihak yg menolong menjayakan Majlis ini secara langsung atau tidak.. “

” Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan Majlis Pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga.. “

” InsyaAllah Majlis Resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami. Kbai
(Zamani bin Ibrahim).. “

” Official Photo & Video : @peveyhackproductionPelamin : @lamansuterakajang Hantaran : @adleenda Baju Pengantin : @wobybridal Makeup : @erinleolamakeupartist.. “

” Deco : @ikamazuniInai : @areen_henna_art Doorgift Marble Cake : @awinrs #bamzek #ZJNikah #zamani #zamanislam #zamaniibrahim#zimeproduction.. “

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah. Dengan Izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah Majlis Pernikahan saya & isteri, Nur Juliana hari ini 20 September 2019. • Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kpd semua pihak yg menolong menjayakan Majlis ini secara langsung atau tidak. • Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan Majlis Pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga. • InsyaAllah Majlis Resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami. Kbai 🥰 (Zamani bin Ibrahim) • Official Photo & Video : @peveyhackproduction Pelamin : @lamansuterakajang Hantaran : @adleenda Baju Pengantin : @wobybridal Makeup : @erinleolamakeupartist Deco : @ikamazuni Inai : @areen_henna_art Doorgift Marble Cake : @awinrs • #bamzek #ZJNikah #zamani #zamanislam #zamaniibrahim #zimeproduction

A post shared by ZIME Production (@zimeproduction) on

Rata-rata peminat dan pengikut di laman Instagram Zamani mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga kekal bahagia. Ini antara komen-komen mereka :

” Happy for u zamani.. semoga terus berbahagia hingga ke syurga.. “

” Alhamdulillah. Barakallah Abg Adik & isteri. Semoga bahagia kekal hingga ke syurga..”

” Alhamdulillah.. tahniah abg zamani dan pasangan. moga kekal hingga ke jannah. amin.. “

” Alhamdulilah.. taniah a. zamani.. tgk gmbr ni rse nk men1tik air mate gembira.. “

” Maka dgn itu menangis lah wanita² di luar sana dgn berita ini Tahniah zamani semoga kekal hingga ke anak cucu Aamiin.. “

” Alhamdulillah & tahniah..  semoga kekal bahagia till jannah.. rasa mcm mimpi je legend dh nikah.. “

Di bawah ini adalah posting yang dimuat naik  di laman Instagram Zamani Slam Borneo :

” Real love is not based on romance, candlelight dinners and walks along the beach. It comprises of respect, compromise, care, and trust #zamanislam #zamanislamofficial #zamanislamborneo #zamanislam_official #syukurselalu #doayangbaikbaik #zjnikah.. “

Di bawah ini, kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar di majlis pernikahan Zamani dan Juliana. Gambar-gambar ini telah dimuat naik di laman Instagram Zamani ( Zime Production ) dan juga di laman Instagram Zamani Slam Borneo.

Hari bahagia Zamani dan Juliana..

Zamani menyarungkan cincin..

Pengantin perempuan tersenyum bahagia..

Alahai malu-malu pulak Juliana ye..

Kau sudah halal buat ku..

Alhamdulillah.. kau milikku..

Alahai memang sama cantik dan sama padan. Akhirnya terjawab sudah siapakah wanita yang berjaya mencur1 hati Zamani. Alhamdulillah dan tahniah buat Zamani dan Juliana. Semoga pernikahan terus kekal dan bahagia hingga ke jannah serta mendapat keberkatan di dalam  menjalani kehidupan berumahtangga. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Zamani, Zamani Slam Borneo by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..