” Alhamdulillah Asif dah cukup umur 18 tahun.. ” – Asif Suhaimi

Video Asif Suhaimi Terima Kej0tan Hadiah Hari Lahir Di Set Penggambaran. Part Tukar Lirik Lagu Birthday Tu Memang Kelakar !! 

Nama Asif Suhaimi tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau sangat popular di kalangan penggemar Youtube dan juga penggemar seni tanahair. Bakat Asif mula dicungk1l oleh sepupunya yang juga merupakan seorang Youtuber terkenal iaitu Syahmi Sazli.

Walaupun Asif merupakan seorang remaja Aut1sme, namun itu tidak pernah menghalang Asif untuk berjaya dalam dunia seni. Bukan hanya berbakat dalam lakonan, diam tak diam Asif juga berbakat mencipta lagu, lagu ciptaan Asif menjadi fenomena apabila dinyanyikan semula oleh Apak Harry Khalifah.

Selain berlakon dalam drama pendek di Youtube, Asif dan rakannya Yoe Parey juga telah membintangi sebuah filem yang berjudul Syif Malam Raya. Filem ini ditayang melalui saluran Astro First pada hari raya aidilfitri yang lalu. Umum mengetahui Asif dan Yoe sering berlakon dengan dialog yang spontan dan bersahaja.

Terbaru melalui akaun instagram milik Asif, beliau telah berkongsi sebuah video kejut0n hadiah hari lahir buatnya. Asif yang kini sibuk dengan penggambaran untuk Filem Mael Totey arahan Syahmi Sazli menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 18 tahun. Asif dan Yoe masih lagi menjadi watak utama untuk filem ini. Apa yang menariknya, lirik lagu hari lahir untuk Asif telah diubah dan kedengaran agak kelakar.

Mari kita lihat gambar dan video yang telah dikongsi di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Asif menerima pelbagai ucapan daripada peminat sempena hari lahirnya ini. Mari kita lihat ucapan-ucapan yang di berikan di bawah ini :

” Selamat hari lahir Asif. Terus maju jaya.. “

” Happy birthday Asif semoga panjang umur dan sihat-sihat sokmo.. “

” Happy besday Asif semoga panjang umur dimurahkan rezeki.. “

” Kemah anak muda, cerah masa depan asif ni, tok gurau.. “

” Selamat hari lahir asif. Terus maju jaya.. “

” Sannah helwah abe asiff, semoga kekal sihat and ceria selalu.. “

” Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah dan sihat sentiasa.. “

” Semak lah asif harini btw happy birthday asif turn 18 tahun.. “

” Happy birthday to you Asif May Allah bless you always btw saya minat team drama spontan ade cerita baru tak.. “

Seronok tengok wajah ceria Asif sempena hari lahirnya ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Asif, semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Semoga dipermudahkan segala urusan Asif dan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Asif Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..