” Alhamdulilah suka tengok Tok Wan dan Mak Tok depa saling hormat-menghormati.. “

Video Anak Nurul Depp, Zachary Membaca Doa Makan Ketika Berada Di Perancis Bersama-sama Keluarga Mertuanya Buat Netizen Terharu. Wah, Sikap Mereka Harus Dipuji Walau Berbeza Agama !!

Penyanyi, pengacara dan pelakon yang popular suatu ketika dulu iaitu Nurul Wahab kini lebih dikenali dengan nama Nurul Depp. Nama sebenar beliau ialah Noorulhuda binti Abdul Wahab. Nurul telah lama menyepi dalam industri hiburan sejak mendirikan rumahtangga kali kedua pada tahun 2012.

Nurul memilih seorang lelaki dari Perancis bernama Eric Daniel Depp sebagai teman hidupnya. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki dan seorang perempuan bernama Zachary, Raphael dan Isabella. Terdahulu, Nurul pernah berkahwin dengan komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists iaitu Ajai.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Nurul dan Ajai dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah. Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercera1 pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.

Menerusi akaun Instagram, Nurul berkongsi video semasa beliau dan keluarga berada di Perancis. Anaknya, Zachary diminta untuk membaca doa makan sebelum mereka menjamu selera. Apa yang menarik ialah ibu dan bapa mertuanya amat menghormati mereka walaupun berlainan agama.

Tonton video di bawah :

” Minggu pertama di KL, rindu pulak makan breakfast dengan mamy papy di Perancis. Terakam video ni dengan tak sengaja. Ni lah imam besaq kami. Kuat berletiaq kalau tak betui. Tapi ayat last tu tak lengkap tu dah berbuln dok ajaq . Bukan menunjuk na. Ni sebab kami rindu.. “

Rata-rata netizen gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Antara komen-komen mereka :

” Syok tgk keharmonian family sis, beza agama bukan tiket utk kita abaikan mak ayah, santuni dorg…. happy je tok n tokwan depa tu “

” Bagusnya walaupun berlainan agama tetap hormat agama lain.. “

” So sweet your family, walaupun berlainan agama namun tetap hormat menghormati antara anda.. “

” Alhamdulilah suka tgk tok wan dan mak tok depa saling hormat -menghormati.. “

” Bestnya mertua lagu ni.. “

” Alhamdulilah. Seb4k lak tgk.. Nurul mmg hebat.. “

Seronok apabila kita mendapat keluarga mertua yang baik. Nurul sangat bertuah kerana mendapat keluarga mertua yang sebegini. Walaupun berlainan agama mereka saling menghormati. Semoga hubungan Nurul dan suami berkekalan sehingga akhir hayat dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Depp by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..