” Alamak tersalah cakap la, SER4MMM.. “

Wan Sharmila Kongsi Video Kanak-Kanak Comel Menjual Lipstik. Part Beliau Tersalah Cakap Buat Netizen Terhibur. Adoiii TERLEBIH KIUT La !!

Wan Sharmila binti Wan Muhamed ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan telah berlakon dalam beberapa drama, telefilem dan filem. Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun bercera1 pada 23 Oktober.

Wan Sharmila dilahirkan pada 12 Oktober 1981 di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pasangan Wan Muhamed Wan Abdul Aziz dan Raidah Abdul Aziz. Selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sharmila memulakan kerjaya awalnya sebagai model majalah.

Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Emil Emilda , Kisah Kaisara , Tari Tirana, Debunga Lalang dan Kusinero Cinta. Selain itu, Sharmila juga terkenal dengan peranan lakonan filem termasuk Raya Tak Jadi! dan Bisikan Sya1tan. Beliau juga pernah memenangi “Anugerah Shine Pantene” pada Anugerah Skrin 2008.

Baru-baru ini, Wan Sharmila telah memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya. Posting tersebut berupa sebuah video yang memaparkan 3 orang kanak-kanak perempuan yang sangat comel. Kanak-kanak tersebut sedang menjual lipstik.

Wan Sharmila ketika itu berada di Wisma Geylang Serai, Singapura dan menemui kanak-kanak ini lalu bertegur sapa dan menemuramah. Katanya kanak-kanak ini kemugkinan membantu ibunya berjualan produk kosmetik tersebut. Beliau meluahkan rasa bangganya terhadap adik-adik ini yang masih kecil tetapi sudah pandai berniaga.

Apa yang menariknya dalam video yang dikongsikan oleh Wan Sharmila itu adalah kecomelan dan kepetahan adik tersebut menjawab apabila ditanya oleh beliau. Tambah melucukan lagi apabila Wan Sharmila tersalah dengar apa yang diperkatakan adik tersebut.

Lihat sedutan daripada video tersebut di bawah ini :

Kanak-kanak : ” Mau beli tak.. “

Wan Sharmila : ” Jual apa.. “

Kanak-kanak :Lipstik.. “

Wan Sharmila : ” Bagus ke.. “

Kanak-kanak : ” Bagusss.. “

Wan Sharmila : ” Apa bagusnya.. “

Kanak-kanak : ” Kalau ci0m orang tak stick.. “

Wan Sharmila : ” Apa, kalau ci0m mulut ? “

Kanak-kanak : ” Kalau ci0m orang.. “

Kawan-kawan : ” Cium orang la bukan ci0m mulut.. ha ha ha”

Ini adalah posting yang dimuat naik oleh Wan Sharmila. Jom tonton kecomelan kanak-kanak tersebut :

” Comel adik-adik ni. Tolong mak dia meniaga kot.. Sesungguhnya salah satu benda i belajar ialah pekerjaan meniaga ni adalah pekerjaan yg kena jadi muka tebal. Not an easy job.. “

” Tapi kalau Allah dah izinkan untuk rasa hasilnya MashaAllah yessss mmg boleh senyum sampai telinga. Apapun salute kat adik2 ni! Aritu i dah hug adik ni. . Hope dapat jumpa lagi. Hugs! “

Rata-rata pengikut Wan Sharmila memuji kecomelan kanak-kanak tersebut dan terhibur apabila beliau tersalah dengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak tersebut :

” Alammak cu terlebeh dialogue.. ser4m Yaie.. “

” I pun mula mula dengar c1um mulut! Hahahahahahahhaa.. “

” C1um org tau @lala.wansharmila.. “

” @lala.wansharmila Comel nye adek tu nak c1um.. “

” Cute nye adik2 ni tapi kak @lala.wansharmila terlebih cute hehe.. “

” Hahaha comel lhh.. “

” Alamak tersalah cakap pulak.. “

Alahai comel-comel belaka adik-adik tu kan. Kecik-kecik dah pandai berniaga dan cari duit sendiri. Semoga terus maju jaya ye adik-adik. Kami di Berita Kopak mendoakan Wan Sharmila juga terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Wan Sharmila by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..